SJ-11-0123 : Zakat Fitrah - Berbeza Tempat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0123 : Zakat Fitrah - Berbeza Tempat

:salam

Moga kita dirahmati Allah.

Saya tinggal di Perak....kuarga mertua di Ganu...kuarga sendiri di N9 & Melaka....

1) Boleh atau tidak saya nak tunaikan zakat fitrah utk ahli kuarga mertua dan sendiri di Perak yakni kadarnya RM5 seorg????

2) Saya dah tunaikan zakat fitrah utk diorg...bolehkah diorg nak tunaikan zakat fitrah di tempat diorg???...walhal saya dah maklum awal tentang pembyrn tersbt...

3) Mana yang lebih afdhal atau aula...saya tunaikan zakat fitrah diorang di Perak atau saya berikan sumber kewangan utk diorg tunaikan di tpt masing2???

:wassalam

SJ-11-0123 : Zakat Fitrah - Berbeza Tempat

:wassalam

al-Jawab:

1) Anda hendaklah mengeluarkan zakat fitrah di tempat anda berada ketika wajibnya zakat fitrah, maksudnya di mana anda akan menyambut 1 syawal.
Jika anda beraya di Ganu, maka di Ganu adalah tempat terbaik. Jika anda beraya di Negeri 9, maka di N9, jika Raya di Melaka, maka keluarkan di Melaka dan jika raya di Perak, maka afdhal dikeluarkan di Perak. Tapi jika anda telah mendaftarkan diri di Perak, maka anda hendaklah mengeluarkan di Perak kerana memenuhi tuntutan pejabat zakat Perak dan ia adalah sah. Jika anda tidak mendaftar dgn amil tempatan, maka keluarkan di mana anda menyambut idil fitri.
Manakala Dr Yusof al-Qardhawi menetapkan zakat itu menurut mana tempat yg lebih banyak orang miskin, jika di kampung Ganu, penduduk sekitar rumah mertua itu lebih banyak orang miskin, maka afdhal dikeluarkan di situ. Dalilnya:
AQT 9:60 (sesungguhnya zakat itu kepunyaan orang fakir dan miskin).

Zakat fitrah hanya diwajibkan ke atas tanggungan anda shj bukan keluarga mertua anda.

2) Jika anda dah keluarkan zakat untuk mereka adalah sah, dan jika mereka ingin keluarkan sekali lagi pun boleh tapi salah satunya menjadi sedeqah tatawwu'. Ini menunjukkan mereka bukanlah tanggugan anda. Maka tak payahlah bersusah payah menunaikan utk mereka.

3) Jika mereka adalah tanggungan anda, maksudnya mereka diberi nafkah oleh anda, maka anda hendaklah mengeluarkan di mana anda menyambut idil fitri atau di mana golongan miskin paling ketara.
Ruj: al-Qardhawi, Fiqh Zakat, Prof Hayei Abdul Syukor, 1001 Kemuskilan, Zebra Pub) WA