SJ-11-0158 : Berdosa bayar zakat terus kpd asnaf??

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0158 : Berdosa bayar zakat terus kpd asnaf??

UTUSAN MALAYSIA>>Selasa 5 Februari 2008.(Agama)

Temubual bersama pengurus besar lembaga zakat.

Jika hal ini (membayar terus kepada asnaf) berterusan memanglah ia akan memberi kesan kepada jumlah kutipan. Namun, jangan kita lupa kepada penegasan Allah tentang peranan amil sebagai pengurus zakat seperti yang dijelaskan menerusi firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 60.

Malah, tahun lalu Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa mereka yang mengagih zakat sendiri adalah sah hukumnya tetapi berdosa kerana tidak mengikut arahan pemerintah (ulil amri).

Apa yang dibimbangkan ialah bantuan terus kepada asnaf yang tidak dipantau akan menyebabkan mereka menjadi malas bekerja. Ataupun, mereka menerima terlalu banyak bantuan sehingga melebihi keperluan sedangkan ada orang lain sama yang juga layak menerima bantuan zakat.

Berapakah jumlah bantuan dan ke manakah LZS mengagihkan hasil kutipan zakat tahun lalu?

AHMAD SHAHIR: Pada tahun lalu, kita berjaya mengutip wang zakat sebanyak RM174.5 juta. Daripada jumlah itu sebanyak RM70.1 juta diagih kepada asnaf fisabilillah, asnaf miskin (RM51.6 juta), asnaf amil (RM23.7 juta), asnaf gharim (RM17.4 juta), asnaf mualaf (RM8.4 juta), asnaf fakir (RM1.9 juta), asnaf riqab (RM896,683) dan ibnu sabil (RM408,178).

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0205&pub=utusan_malaysia&sec=bicara%5Fagama&pg=ba_01.htm&arc=hive

Apa komen ahli panel?berdosakah?

SJ-11-0158 : Berdosa bayar zakat terus kpd asnaf??

al-Hamdulillah.....

al-Jawab :

Jawapan kepada persoalan pembayaran zakat tanpa amil adalah seperti di link dibawah ini :

http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=34051&highlight=asnaf

Saudara juga boleh rujuk link dibawah ini untuk mengikuti perbahasan mengenai perkara ini :

http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=34929&start=all&sid=f4c90bfd729eddcf35eb2d1f66d13f78

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com