SJ-11-0166 : sambung bayar kereta

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0166 : sambung bayar kereta

:salam ustaz

apa khabar? lama saya tak tanya soalan kat ustaz ahkam ni...soalan saya tak susah sangat cuma saya keliru sahaja...

soalan saya ialah kakak saya ada bagi kereta kat saya sebab dia nak beli kereta baru...setahu saya kakak saya ambil pinjaman bank secara konvensional untuk kereta lama tu...saya cuma kena sambung bayar kereta tu sampai habis...adakah saya bersubahat dengan riba (pinjaman bank konvensional) sebab saya cuma sambung bayar je? keluarga saya suruh ambil kereta tu sebab kalau jual nanti banyak rugi...

harap ustaz bagi pencerahan...terima kasih

SJ-11-0166 : sambung bayar kereta

:wassalam

al-Jawab:

Khabar baik-baik sahaja dan terimakasih kerana kembali memberi kepercayaan kepada AAN.

Mengenai masalah anda, Allah SWT memberi jawapan yang tegas mengenai baki riba...
" Hai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan tinggallah sisa riba jika kamu orang yang beriman." AQT 2: 278

Oleh kerana anda mendapat kereta itu percuma, maka hendaklah anda keluarkan sedikit belanja untuk menukar pinjaman kepada kaedah syari'ah mungkin di bank yang sama. Ia mungkin sulit tapi itulah rahsia Allah menyeru dengan panggilan "wahai orang2 beriman". WA