akum ustaz.
apakah hukum berhutang untuk tunai zakat?
apakah boleh guna kad kredit islam/ berhutang utk byr zakat? bagaimankah/apakah alasan pihak bank especially penasihat syariah mereka mempromosikan kad kredit mereka boleh guna untuk tunai zakat.
dulu pinjaman konvensional diislamkan dengan 'pembiayaan'. sy sudah jelas.
tapi sy masih kurang jelas dengan 'pengislaman' kad kredit ini. bantulah sy. wassalam11
Bismillahi wal hamdulillah ,
Al-Jawab :
Kaedah membayar zakat dengan menggunakan kad kredit atau MEPS Cash adalah salah satu kaedah pembayaran zakat yang dibolehkan berdasarkan prinsip-prinsip syariah.Ini kerana , pembayaran zakat yang dibuat dengan menggunakan kad kredit adalah atas dasar kemudahan dalam membuat pembayaran , bukannya atas dasar berhutang.Malah bukan semua kad kredit dari bank-bank tempatan yang diterima.Hanya kad Bank Islam dan kad at Taslif yang dikeluarkan Arab Malaysian Bank (Ambank) sahaja yang diterima.
Sila lawat link di bawah :
http://www.zakat.com.my/berita/2004/news_10092004.htm
WA
الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com