SJ-11-0200 : Bayaran Sewa selain duit

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0200 : Bayaran Sewa selain duit

Salam..
Bolehkah sewa dibyar dgn barang?bukan dgn mata wang..
(sertakan dalil)

t.kasih.

SJ-11-0200 : Bayaran Sewa selain duit

ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ:

Setiap transaksi dalam hal mu’amalah mestilah ditepati dan diikuti berdasarkan kepada aqad yang telah dipersetujui dan diterima oleh kedua-dua pihak.Begitu juga dalam bab menyewakan sesuatu barang / ain yang boleh diambil manfaatnya oleh seseorang atau individu lain yang disebut sebagai penyewa.

Upah atau bayaran sewa adalah wajib dibayar dan bentuk bayaran sewa tersebut bergantung kepada perjanjian / aqad yang telah dipersetujui oleh penyewa dan pemberi sewa.Ini berdasarkan sabda Rasulullah saw :

ÇáãÓáãæä Úáì ÔÑæØåã ÅáÇ ÔÑØÇ ÃÍá ÍÑÇãÇ Ãæ ÍÑã ÍáÇáÇ

Orang Islam itu (berdasarkan) dengan syarat-syarat mereka , kecuali syarat yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

(HR Abu Daud dari Abu Hurairah ra , no : 3594 , Tirmizi dari Amr bin Auf al-Muzani , no : 1352)

Maka , berdasarkan kepada hadis tersebut , sekiranya semasa perjanjian tersebut telah dipersetujui bahawa bayaran sewa akan dibuat dengan suatu jenis barang , dan bukannya duit , maka bayaran tersebut adalah sah dan dibolehkan.Begitulah sebaliknya.

WA

Ruj :

Al-Mulakhkhas Al-Fiqhi , Asy-Syaikh Dr. Salih bin Fauzan.

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com