Assalamualaikum
Saya ada soalan spt dibawah:
Saya pernah menerima biasiswa pendidikan tajaan JPA diluar negara.
Dalam tempoh tajaan ada sekali mereka terlebih bagi sebulan elaun sara hidup.
Saya telah cuba meminta agar duit tersebut diambil balik segera, tetapi pegawai yang menjaga kami berkata 'nanti' mereka akan buat.
Akhir tahun lepas saya telah tamat ijazah dan semasa saya pulang, saya telah sekali lagi bertanya bagaimana nak pulangkan duit tersebut.
Ini bertanya kepada pegawai JPA di putrajaya sendiri yg menjaga akaun saya - seperti yg sama jawapan dia "kami akan contact bila dah tau macam mana nak bayar".
Sampai sekarang tidak ada apa2 berita. Berkali2 juga dalam tahun ni saya cuba bertanya lagi namun tidak ada jawapan.
Soalan saya - apakah yang patut saya lakukan dengan duit tersebut?
Adakah ia dikira halal sebab saya perlu bekerja mengikut perjanjian? bolehkah saya labur duit tersebut? atau bagaimana? adakah duit tersebut perlu dizakatkan?
Wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.
Duit lebihan biasiswa tidak boleh anda munafaatkan. Ia mestilah dikembalikan kepada pihak yang berwajib, didalam kes anda adalah JPA. Firman Allah swt :-
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya” [surah a;-Nisaa’ : 58].
Jika duit lebihan itu adalah dari individu, dan setelah cuba mencari tuannya atau warisnya tetapi tidak menjumpainya, maka bolehlah duit tersebut boleh disedekahkan. Bagi pihak JPA pula, memang mereka ada menerima pulangan duit lebihan dari biasiswa. Sila lihat tautan dibawah :
Wang tersebut juga bukan milik anda, maka tidak perlu dizakatkan.
Sekian, wassalam
خيرالأمين