SJ-12-0006 : talak

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0006 : talak

Assalamualaikum ustat, saya ingin tahu adakah jatuh talak sekiranya si suami melafazkan "pergilah kau dari sisi aku", si isteri tidak dengar, dan ketika itu sekadar berseloroh. Saya ingin tahu apakah yang menyebabkan sahnya talak itu. dan keadaan² talak itu. Terperinci kalo boleh hendaknya.

re: SJ-12-0006 : talak

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawapan pertanyaan sdr cname dgn kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Lafaz niat seperti diatas dinamakan sebagai Lafaz Talak Kinayah, atau sindirin. Objektif isi kandungan lafaz tersebut mestilah bertujuan mentalakkan isteri dan ia mestilah disertai dengan Niat. Contoh lafaz menurut Dr Mustafa Al-Bugho ialah :"Kamu diharamkan disini!", "Kamu diharamkan keatasku" dsb. Lafaz kinayah ini memerlukan qasad niat yang sebenar-benarnya untuk menceraikan isteri, dan bukannya dilakukan semasa marah, berlawak dsb. Menurut buku Al-Fiqh al-Manhaji :-


فلا يقع الطلاق بها إلا إذا قصد بها الزوج الطلاق. فإذا قصد بها شيئا آخر غير الطلاق، أو لم يقصد بها شيئا، لم يقع بها شيء.
"Tidak akan jatuh talaq denganya melainkan jika QASAD kan kepada isterinya talaq. Maka jika ia bermaksud(qasad) perkara lain selain talaq, atau ia tidak qasad dengannya apa-apa, maka tidalah ia boleh dikatkan dengan apa-apa [yang terjadi]" - [Al-Fiqg Al-Manhaji - 2/118].

Lafaz "pergilah kau dari sisi aku", jika hanya dilakukan secara berseloroh tidak menjatuhkan cerai keatas isterinya.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu lafaz cerai dan hukumnya, anda boleh melayari Jawapan Arkib Al-Ahkam. Berikut dapat kami senarai beberapa permasalahan berkaitan dengan lafaz talak yang telah dijawab oleh panel al-ahkam :-

SJ - 2401 : CERAI , TALAQ & LAFAZNYA
http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=11502&highlight=lafaz+kinayah

SJ - 2915 : Lafaz kinayah
http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=17066&highlight=lafaz+kinayah

SJ - 2914 : lafaz kinayah
http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=17247&highlight=lafaz+kinayah

SJ-1966: [U] ZIHAR dan mahram.
http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=8431&highlight=lafaz+kinayah

SJ-1656: Taklik
http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=7253&highlight=lafaz+kinayah

SJ - 2806: Cerai Taklil
http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=16019&highlight=lafaz+talak

SJ-2400: Cerai Mu'allaq
http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=11501&highlight=lafaz+talak

====
Rujukan :

1. Dr. Mustafa Al-Bugho, [etc]. Al-Fiqhu Al-Manhaji - 2. cetakan ke 4. Damsyik : Dar Al-Qalam, 2000. ms 118.

خيرالأمين