SJ-12-0015 : Berkahwin dengan anak zina

Primary tabs

5 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0015 : Berkahwin dengan anak zina

Assalamualaikum kepada semua, semoga kita semua sentiasa berada di dalam pandangan Rahmat Allah swt insya Allah.

Saya adalah pengguna baru forum ini dan ada satu kemusykilan berhubungkait dengan bab perkahwinan. Diharap dapat bantuan dari mereka yang alim dan arif mengenainya.

Baru-baru ini saya mendengar dari seorang rakan karib bahawa ada pendapat (beliau merujuk kepada kitab fathul gharib) yang mengatakan bahawa seorang bapa boleh (sah) berkahwin (bernikah) dengan anak perempuan yang terhasil dari perzinaannya dengan seorang perempuan.

Contohnya A telah berzina dengan B sehingga B hamil (anak hasil hubungan dengan A sahaja dan tiada perzinaan dengan lelaki lain). Tetapi mereka tidak bernikah dan A telah meninggalkan B dengan kandungannya itu sehingga melahirkan seorang anak perempuan bernama C. 20 tahun kemudian A telah berjumpa dengan C dan mereka jatuh cinta dan berkahwin. Kalau mengikut pendapat yang dinyatakan oleh rakan saya tadi (jika betul ada fatwa sedemikian) maka mereka sah bernikah walaupun pada dasarnya mereka mempunyai hubungan bapa - anak.

Katakan pula A telah berkahwin dengan wanita lain dan mempunyai anak lelaki bernama D. Maka mengikut pendapat rakan saya itu D boleh (sah) berkahwin dengan C walaupun pada dasarnya mereka adalah adik beradik sebapa.

Saya harap dapat penjelasan dan sumber rujukan jika ada kepada 2 persoalan di atas. Saya cuba merujuk kitab al Umm Imam asy Syafi'e jilid yang 7 (terjemahan oleh Prof. Ismail Yaakub) tetapi tiada perbincangan khusus mengenai perkara di atas.

Wallahu a'lam!

SJ-12-0015 : Berkahwin dengan anak zina

Perkawinan lelaki dengan anak hasil hubungannya yang tak sah taraf(zina).

Halal pernikahannya yakni dibolehkan perkahwinan sedemikian, datang dari pendapat Syafieyah dan sebahagian dari Zaidiyah.

Alasan yang diberi;

anak tersebut adalah dari hasil zina bukanya dari pernikahan yang sah, sekalipun secara dasarnya hasil dari benihnya sendiri. Namun syarak telah menyatakan bahawa tiada kehormatan bagi hasil perzinaan dan anak yang terhasil dari itu adalah dikira ajnabiyah dan dinapikan sabitan nasab dan pewarisan.

Al-Faqih Imam al-Ramli:

Anak yang dilahirkan dari air zina, (halal baginya untuk dikahwini) kerana ia adalah ajnabiyah,tidak thabit baginya(perempuan) hak pewarisan dan nasab dan juga selainya dari hukum-hukum kekerluargaan. Namun di makruhkan hukum menikahinya untk keluar dari khilaf.(pendapat)

äåÇíÉ ÇáãÍÊÇÌ Ì6 Õ 266
ãÛäí ÇáãÍÊÇÌ Ì 3 Õ 175
ÔÑÍ ÇáÃÒåÇÑ Ì 2 Õ 204

Pandangan Jumhur: Haram perkahwinan tersebut.

Dr Abd Karim Zaidan dalam ÇáãÝÕá Ì 6 Õ 204

Pandangan Jumhur inilah yang Rojeh dan soheh (ÇÇáÞæá ÇáÑÇÌÍ æ ÇáÕÍíÍ ).WA

Jawapan pada persolan yang kedua ada kaitan dengan huraian diatas.

SJ-12-0015 : Berkahwin dengan anak zina

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah. Terima kasih YA. tytsezh diatas jawapan diatas. Al-Hafiz Al-Imam Al-Nawawi didalam matan Minhaaj Al-Thaalibiin ada menyebut :

ÞáÊ : æÇáãÎáæÞÉ ãä ÒäÇå ÊÍá áå¡ æíÍÑã Úáì ÇáãÑÃÉ æáÏåÇ ãä ÒäÇ¡ æ Çááå ÃÚáã.
"Aku berkata : yang terbentuk dari zinanya adalah halal untuknya, dan anak zina tersebut adalah haram bagi wanita tersebut, wallahu'alam."

Imam Al-Nawawi menggangap anak zina tersebut adalah halal baginya kerana masih dianggap wanita ajnab yang secara syara' bukan keturunannya. Adalah lebih baik dielakkan bagi mera'ikan pandangan jumhur. WA.

wassalam

خيرالأمين

SJ-12-0015 : Berkahwin dengan anak zina

:salam

sedikit tambahan kpd persoalan di atas agar lebih jelas sebab dan mengapa ia menjadi halal.

Khilaf terjadi dlm menafsirkan Ayat Surah An-Nisa ayat 23-24:

Diharamkan ke atas kamu (mengahwini)
1. ibu-ibu kamu
2. anak-anakmu yang perempuan
3. saudara-saudaramu yang perempuan
4. saudara-saudara bapamu yang perempuan
5. saudara-saudara ibumu yang perempuan
6. anak-anak perempuan dari saudara-saudara lelaki
7. anak-anak perempuan dari saudara-saudara perempuan
8. ibu-ibumu yang menyusui kamu,
9. saudara perempuan sepersusuan,
10. ibu-ibu isterimu,
11. anak-anak isterimu yg dalam pemeliharanmu dari isteri yang telah kamu campuri tetapi jika kamu belum campuri dengan isteri kamu itu (dan kamu sudah ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengahwininya
12. bekas isteri-isteri (menantu) anakmu yang berasal dari benihmu
13. menghimpun 2 saudara perempuan yang bersaudara
14. wanita yang bersuami
dan dihalalkan kamu selain yang demikian (perkara yang disebut di atas) mencari isteri-isteri dengan hartamu untuk dikahwini bukan untuk berzina.

Perbahasan ulamak fiqh mazhab arbaah

Dlm fiqhul Zawaj (fiqh perkahwinan), Ulamak mazhab arbaah membuat kesimpulan daripada ayat surah An-nisaa itu tadi, bahawa perempuan yang diharamkan berkahwin terdiri dari 3 jenis:
a. Nasab (keturunan)
b. Muhasarah (persemendaan)
c. Susuan

Adakah anak zina mensabitkan nasab atau muhasarah?

Mari kita teliti perbahasan ulamak.

Keempat-empat mazhab arbaah bahawa zina tidak mensabitkan nasab. Tiada khilaf mengenai perkara ini. Keempat-empat imam mazhab berpegang kepada hadith sahih yg diriwayatkan oleh Al-jamaah kecuali Abu Dawud (zina tidak mensabitkan nasab)

`Alla kullihal, khilaf berlaku di kalangan ulamak adakah perbuatan zina/liwat akan mensabitkan persemendaan atau tidak?

Mazhab Hanaafi dan Hanbali mensabitkan zina akan mensabitkan persemendaan. Mereka turut memasukkan pendahuluan zina seperti ciuman dan sentuhan bernafsu. Ini termasuk juga perbuatan meliwat. Seperti senario yang berlaku di atas. Ini membawa maksud, sekiranya seorang lelaki yang melakukan perbuatan rogol terhadap anak perempuannya, akan menyebabkan persemendaan terhadap isterinya. Begitu juga, anak luar nikah akan mensabitkan persemendaan dan senario yang dinyatakan di atas. Ini disandarkan kepada dua dalil:

1. Hadith Rasulullah S.A.W
Diriwayatkan bahawa seorang lelaki bertanyakan kepada Rasulullah S.A.W:
“Wahai Rasulullah, saya telah berzina dengan seorang perempuan semasa jahiliyyah. Apakah boleh saya mengahwini anak perempuannya?“ Jawab Rasulullah S.A.W:
“Saya tidak berpendapat begitu, adalah tidak sesuai kamu mengahwini perempuan untuk kamu kecapi anak perempuannya sama seperti kamu kecapi pada dirinya.”
--hadith mursal dan munqati’ seperti yg dikatakan oleh Ibn Al-Humam dlm fathul Qadir

2. Qiyas
Zina merupakan sebab lahirnya anak. Oleh itu sabitlah penghormatan persemendaan dgn zina dgn diqiyaskan kepada selain zina. Sebagai contoh, menyetubuhi perempuan melaku aqad yg fasid akan menyebabkan haramnya persemendaan secara ittifaq meskipun persetubuhan itu haram.

Berlainan pula hujjah Mazhab Maliki dan Syafie. Mereka menyangkal qiyas tersebut kerana qiyas yang dilakukan adalah qiyas dengan perkataan yang tidak sama (qiyas ma’al fariq) Ini kerana perbuatan zina wajib dikenakan hadd dan keturunan tidak sabit dgn zina, berlainan dengan persetubuhan dlm perkahwinan yg sah. Oleh itu, Imam Syafie dlm pendapatnya yang masyhur mengatakan kepada Muhammad bin Al-Hassan, “Perkahwinan merupakan satu perkara yang dipuji; sementara zina merupakan perbuatan yang dikenakan hukuman rejam. Maka bagaimana kedua-duanya ada persamaan?”

Mereka (Maliki dan Syafie) bersandarkan kepada empat hujjah:

1. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W ditanyakan tentang lelaki yang berzina dengan perempuan lalu ia hendak mengahwini anak-anak perempuan itu. Maka Sabda Baginda S.A.W:
“Yang haram tidak mengharamkan yang halal, sesungguhnya yang haram itu hanyalah disebabkan perkahwinan (yg sah).”
--Ditakhrij oleh Al-Baihaqi daripada Aisyah R.A dan dipandangnya dhaif. Juka ditakhrij oleh Ibn Majah daripada Ibnu Umar R.A

Hadith ini seperti yang dikatakan oleh Al-Dumairi sebagai bukti bagi mazhab Syafie bahawa perbuatan zina tidak mensabitkan haramnya persaudaraan sehingga lelaki berzina harus mengahwini ibu perempuan yang berzina dgnnya. Hadith ini diperkuatkan lagi dengan hadith lain dlm menganalisa hujjah mereka:
“Penzina lelaki yang dihukum sebat tidaklah berkahwin kecuali dengan orang yang sepertinya”
--Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Dawud. Beliau menyebut dlm Al-Fath, perawinya adalah tsiqah.

Nabi telah membacakan kepada seorang lelaki yg ingin berkahwin dengan seorang perempuan zina:
“Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina…” (surah An-Nur: ayat 3)

2. Persemendaan merupakan satu nikmat kerana ia menyambungkan orang luar dengan kaum kerabat. Dalam hadith ada menyebut:
“Persemendaan adalah sedarah sedaging seperti darah daging keturunan”
--Yang makruhnya ialah hadith bukhari daripada Ibnu Abbas: “Haram daripada nasab tujuh golongan dan daripada persemendaan 7 golongan.” (Jami’ Al –Usul, Jilid XII, halaman 144)

Zina merupakan satu perkara yang dilarang oleh syarak. Oleh itu, tidak menjadi sebab zina akan mewujudkan nikmat.

3. Hikmah pengharaman perkahwinan terhadap perempuan atas sebab persemendaan ialah memutuskan rasa tamak antara lelaki dan perempuan untuk menghidupkan rasa kasih murni tanpa keraguan. Perempuan yg dizinai adalah asing, tidak diwajibkan memberi nafkah, tiada perwarisan harta. Oleh itu, tidak ada dalil untuk mensabitkan persemendaan akibat zina.

4. Firman Allah S.W.T:
”…dan sebaliknya dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang disebut itu…” (An-nisaa’: ayat 24)

Ayat ini menunjukkan secara jelas halalnya perempuan-perempuan yang disebutkan dlm ayat ini. Perbuatan zina tidak mengakibatkan seseorang itu tergolong dlm kalangan yang diharamkan berkahwin (nasab, muhasarah dan susuan). Dgn itu, ia termasuk dlm pengertian halal yang umum.

Tarjih Dr Wahbah Zuhaili dlm Kitabnya Al-Fiqh Islami Wal Adillatuhu, beliau lebih cenderung pendapat kedua (Maliki dan Syafie) demi untuk membezakan antara halal yg disyaratkan dengan haram yang dilarang.

Wallahua’lam.

SJ-12-0015 : Berkahwin dengan anak zina

Amalan di Malaysia.

Sedikit tambahan bagi menjelaskan pandangan tersebut.

Dalam enakmen pentadbiran dinyatakan `Hukum Syarak` ditafsirkan Undang-Undang Islam dalam mana-mana Mazhab yang sah.

Peruntukan ini kemudianya boleh diperluaskan dengan peruntukan enakmen yang sama Seksyen 41 (1) dimana sebarang fatwa hendaklah pada lazimnya mengikut qaula muktamad Mazhab Syafie.

Melainkan jika keadaan berlawanan dengan kepentingan awam maka mufti boleh memilih mana-mana qaul yang muktamad dalam mazhab selainya,jika tiada satu pun yang boleh dikuti maka mufti boleh memutuskan pendapatnya sendiri tanpa terikat dengan qaul muktamad mana -mana mazhab.

Bagi Bidang kehakiman pula,Arahan Amalan 2003 dari Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia juga membayangkan seperti peruntukan diatas,dan adalah mengikat Hakim.

Berdasarkan peruntukan itu,dan kes-kes yang telah diputuskan maka pandangan Muktamad al-Syafieyah itulah yang dipegang dan digunapakai.

Demikian sedikit pemjelasan unytuk mengelak dari kekeliruan yang bakal timbul