SJ-12-0044 Kemusykilan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0044 Kemusykilan

:( Assalamualaikum,

Seorang suami sedang menonton tv. Tiba-tiba si suami berkata "Aku ceraikan engkau dengan talak tiga" mengulang apa yg diucapkan dalam lakonan di dalam tvdengan kuat dan jelas. Pada masa itu, isterinya berada di bilik sebelah.
Si suami berkata-kata secara tiba-tiba dan tidak berniat langsung untuk berkata begitu. Adakah jatuh talak isteri tersebut.

Sekian. Wassalam.

Re: Kemusykilan

w'salam

Jumhur Fuqaha dari kalangan Syafi'iyyah, Malikiah dan juga Hanbaiah mengatakan bhw menyebut perkataan talaq tanpa tujuan menceraikan isteri adalah tidak dikira talaqnya. Cthnya: Tidak dikira talaq seseorang sekiranya dia menceritakan perihal org lain spt katanya, "Muhammad kpd isterinya, "aku ceraikan kau"".(al-Kursyi 4/35, Raudhah al-Talibin 8/58, Muhgni muhtaj 3/289, Kisyaf al-Qina' 5/234) Maka dalam kes sdr, talaq tidak jatuh. WA.

:wassalam

Undang2 Keluarga Islam Dalam 4 Mazhab, Pembubaran Keluarga Jil 2 oleh Dr Muhd Fauzi Muhammad, ms:11