:salam
Moga kita dirahmati Allah,
Saya mempunyai permasalah yang banyak tentang permasalahan semasa dalam ikatan perkahwinan....antaranya:
1) Suami mati...dan 2 hari selepas kematian isteri melahirkan anak... nak pakai eddah mengandung sehingga melahirkan anak atau eddah kematian suami???
2) Isteri berpenyakit HIV...suami tidak berkehendakkan kpd penceraian... dan isteri pun sama...saling menyayangi ler kata org...tapi.. isteri menuntut nafkah batin dr suami dan suami tak beri atas alasan berpenyakit...bagaimana nak atasi masalah ini??
3) Isteri mempunyai rumah sendiri...dan suami duduk dalam rumah tersebut...bak kata org suami gagal beri nafkah dr segi kediaman... tapi mereka duduk atas rumah kepunyaan isteri adalah persetujuan bersama...jika suami-isteri tersebut bergaduh...dihalau nyer suaminya dari rumah tersebut...adakah isteri dikira nusyuz??
4) Suami menceraikan ketiga2 isterinya depan isteri2nya dengan sekali lafaz..."Aku ceraikan hangpa bertiga"...adakah jatuh kepada seorg atau ketiga2nya sekaligus???...
5) Prof Madya U.Salleh Ahmad, bekas pensyarah UM dan skang pemangku Presiden PUM (jika tak silap) dan juga skang sbg AJK Syariah Negeri Perak telah menyatakan....mana2 kandungan 6 bln dari tarikh perkahwinan adalah anak sah taraf....adakah pandangan ini yg terkuat???...tidakkah persetubuhan di luar nikah dianggap sbg anak zina/tidak sah taraf??...pohon penjelasan...
Maaf jika soalan di atas terlalu byk dan berulang. Kerjasama dari tuan2 panel amat diharapkan...
Sekian, terima kasih dan :wassalam
:wassalam
alJawab:
1. Iddah yg dipakai ialah Iddah hamil.
Dalil: Firman ALlah SWT (terjemahny:
" ....dan perempuan mengandung, tempoh iddahnya ialah hingga melahirkan anak yg dikandungnya." AQ: 65 (atTalaq): 04
2. Persetubuhan dgn suami yg disahkan ada HIV adalah mencampakkan diri dalam kebinasaan dan ini ditegah oleh syara'. Pernikahan ini di sisi syara' boleh dibubarkan kerana HIV termasuk jenis mudharat yg boleh merosakkan orang lain yang tidak berdosa. Ia diqiaskan dgn penyakit zaman dulu seperti kusta, sopak atau menjadi gila (Ibn Qayyim, Zaad alMa'ad, 4:172)
........>>//2
Jawab
3. Nusyuz bermaksud derhaka, benci, perselisihan , perjauhan diri, permusuhan (Ibn Nujaim, Bahru Raaiq: 4/78)
Menurut Fiqh Syafi'iy, Nusyuz ialah durhakanya si isteri terhadap suaminya dan pelanggaran yang dilakukan atas ketentuan2 yg diwajibkan ALlah SWT dan hak2 suami yang telah diberikan ALlah kepadanya (Imam Nawawi, alMajmoo': XVI/445)
Berdasarkan definasi di atas, maka isteri yg menghalau suaminya bila berlaku perselisihan telah melakukan nusyuz.
..............>>3
Jawab
4. Talaq itu jatuh kepada ketiga-tiga isterinya kerana lafadznya adalah sarih (terang dan jelas). Dalam Hukum kekeluargaan di Malaysia, proses perceraian itu hendaklah dilakukan di pejabat Pendaftar Nikah atau Qadhi. Maka kekeliruan berhubung dgn isu apakah cerai telah benar-benar terjadi (antara suami dan tiga isterinya) akan dapat ditentukan kerana perceraian di Malaysia memerlukan ia di daftarkan.
5. Pandangan ini terkuat sebab ia menggunakan zahir nas alQur:an
Firman ALlah SWT
"sedang tempoh mengandung beserta dengan tempoh cerai susu ialah masa tiga puluh bulan." AQ: 46: alAhqaf: 15
Ini dari segi legality atau dari segi hukum. Namun dari segi hakikat, mana-mana pasangan yg berzina, kemudian hamil dan mereka bernikah untuk menutup malu, mereka tetap akan menerima hukuman di Akhirat walaupun ia tidak diketahui oleh masyarakat. Tapi dari segi taraf nasab, anak itu tetap anaknya yg sah jika kehamilan itu berlaku dalam tempoh 6 bulan. (Dr. Muhammad Aqlah , Nidzam alUsrah: cetakan Amman Jordan, Risalah alhadithah, ms 276)
:aklam
Assalamualaikum,
Sedikit maklumat tambahan:
Proses permohoanan perceraian atau mengesahkan perceraian(luar mahkamah),dibawah bidangkuasa Hakim Syarie(Jabatan Kehakiman Syariah/Mahkamah Syariah Daerah).Pendaftar Nikah,Cerai Dan Rujuk adalah bagi proses kaunseling sebelum perceraian,proses pra pemohoanan bagi kes wali enggan,bawah umur,tiada nasab,janda berhias dan lain-lain yang berkaitan(selepas proses tersebut Pdf,Nkah,cerai dan rujuk akan memanjangkan proses tersebut untuk di dengar di Mahkamah Syariah.
Pendaftar(nikah,cerai dan rujuk) juga akan melaksanakan perintah mahkamah mengenai pendaftaran perrceraian ,perintah perpindahan wali,pengeluaran perakuan cerai juga proses rujuk.
Untuk rekod,Pendaftar nikah,cerai dan rujuk ini dulunya dikenali dengan Qadhi Daera(sekarang Peg Agama Islam Daerah).Pemisahan antara Jabatan Agama dan Jabatan Kehakiman bermula awal dan pertengahan 90an..tahun 1998 Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah ditubuhkan dan 6 negeri telah bersetuju bergabung dibawanya manakal 6 negeri lagi masih belum.Fungsi JKSM adalah menyelaras,menyeragam MS semalaysia.Harapan kita mudahan semua negeri bersetuju untuk bergabung dibawah satu bumbung di peringkat persekutuan satu ketika nanti.WA