SJ-12-0150 : aurat dengan suami ketika iddah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0150 : aurat dengan suami ketika iddah

Assalamu'alaikum

Sekiranya suami melafazkan talak, mereka masih boleh tinggal sebumbung sehingga habis tempoh iddah. bagaimana pula aurat isteri kepada suaminya? perlukah dia menjaga aurat sama seperti aurat terhadap lelaki ajnabi? minta penjelasan

SJ-12-0150 : aurat dengan suami ketika iddah

:wassalam

alJawab:

Fiqh Syafi'iyah menetapkan mereka (yang baru bercerai) tidak boleh duduk sebumbung, dan isteri diwajibkan menutup aurat sebagaimana lelaki bukan muhrim. Alasannya: Perkahwinan menghalalkan persetubuhan dan memandang aurat yg ditegah melihatnya, manakala perceraian mengharamkan persetubuhan dan memandangnya. (Prof Dr Wahbah azZuhaili, Fiqh Islam, VII/587, edisi terjemahan DBP) WA