SJ-12-0199 : Nifas lagi

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0199 : Nifas lagi

Salam

Sambungan pada persoalanan saya yg masih belum dijwb oleh panel ahkam. Saya menelaah al-firdaus.com dan cuba meleraikan beberapa permasalahan disini. Boleh tak panel al ahkam menerang kan beberapa masalah kesihatan spt berikut;

Terlebih dahulu definasi yg difahami
a. haid - darah yang keluar secara fitrah pada wanita, boleh jadi secara tetap(regular) atau tidak tetap(irregular)
b. nifas- darah yang keluar akibat tolakan, esp masa beranak atau miscarriage/keguguran atau mgkn abortion(betul tak kalau induce ni)
c. istihadah - darah dari penyakit

Beberapa keadaan

1. Haid mmg ditetapkan disebabkan oleh bau, warna dan masa(jika wanita itu tahu regular period). Bagaimana jika seseorang itu mengambil pill progesterone, dan mengalami haid disebabkan terhentinya ubat tersebut.

Utk pengetahuan panel ahkam, haid disebabkan perubahan hormone (endogenous hormone - hormone dlm badan)dalam badan dan pengeluaran sel telur. Jika badan menerima hormone spt progesterone, badan wanita akan bertindak spt adanya hormone secara natural. Jika exogenous hormone(iaitu pill perancang, hormone yg dimakan) diberhentikan, tubuh akan mengeluarkan darah tanpa adanya sel telur(anovulatory cycle). Adakah ini dikira haid?

Dari definasi, ianya(haid) adalah secara fitrah iaitu ovulatory cycle(perubahan sel telur), tetapi pada pandangan saya bila adanya advaced medical knowledge ni, hukum boleh jatuh pada ijtihad bila ada perubahan masa dan zaman. Ada tak ulamak membahas isu ini iaitu penggunaan pill dan status darah bila menggunakan pill?

Bila makan pill merancang ni, kekadang akan ada pendarahan berlaku yg mgkn banyak, mungkin sedikit. Apa status darah ini? Adakah ianya istihadah...dari definasi ianya bukan penyakit tapi akibat penggunaan exogenous hormone ini menyebabkan nipisnya dinding rahim, dan seterusnya pendarahan.

2. Apakah status haid pada seorang kanak2 yang keluar darah sebelum baligh ie sblm 9 tahun. Adakalanya penyakit yg menyebabkan perubahan hormone dlm badan yg menyebab haid, adakalanya di sebab familial/keturunan. Adakah ini dikira haid atau istihadah?

3. Dlm ilmu perubatan, haid juga ada yg sedikit dikenali hypomenorrhoea. Memang susah utk dibezakan dengan haid biasa atau haid yg sedikit. Mungkin kita akan berkata, haid yg sedikit adalah tergolong dlm istihadah. Ada tak cara2 lain utk fiqh membeza antara kedua-dua?

4. Begitu juga persoalan nifas, ianya mudah jika selepas tolakan kandungan dan darah keluar. Selepas darah nifas, cecair kekuningan bernama 'lochia' akan keluar sehingga ianya berhenti. Soalan yg lepas cuba melihat dari perspektif yg berbeza. Kerana cecair yg berhenti boleh jadi dari
a) lochia iaitu habisan nifas
b) hypomenorrhoea, dimana ianya sanagt sedikit, tetapi biasnya boleh dibezakan dari segi masa keluar dan jangkawaktu. Ini dikira haid.
c)cecair penyakit, mungkin mesti dapat kepastian doktor(istihadah).

5. Pendarahan semasa mengandung. Mengikut hukum fiqh, ia jatuh atas haid(betul ke). Mengikut pengetahuan saya, jika pendarahan berlaku sebelum proses labour, ini disebabkan oleh beberapa sebab iaitu placenta praevia(sak/uri dibawah sangat), abruptio placenta(uri pecah dan tidak berada dinding rahim) atau threatened abortion. Saya agak sangsi mngenai perletakan hukum sebagai haid sebab masalah ini adalah penyakit(istihadah).

Saya ambil lagi dr al-firdaus.com;
==============================

Pada kebiasaannya seorang wanita apabila hamil akan terhenti haidnya. Kata Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah:

Sesungguhnya seorang wanita diketahui hamil apabila terputus haidnya. Apabila seorang wanita hamil melihat darah keluar dan ia disertai tolakan bersalin dua atau tiga hari sebelum masa melahirkan, maka itu adalah darah nifas.

Jika darah keluar pada masa yang jauh sebelum bersalin atau hampir kepada masa bersalin tetapi tidak disertai tolakan bersalin, maka itu bukanlah darah nifas. Akan tetapi berlaku perselisihan pendapat antara para ilmuan: Adakah itu adalah darah haid yang dikenakan hukum-hukum haid ke atasnya atau darah fasad (istihadah) yang tidak dikenakan hukum-hukum haid ke atasnya ?

Yang benar, ia dikira sebagai darah haid apabila ia mengalir keluar secara fitrah. Ini kerana pada asalnya setiap darah yang mengalir keluar daripada wanita adalah haid selagi mana tidak ada faktor penyebab yang lain seperti luka dan seumpamanya. Lebih dari itu tidak terdapat di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dalil atau hujah bahawa wanita yang hamil tidak didatangi haid.

Ini adalah mazhab Malik dan al-Syafi’e serta menjadi pillihan Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah, sebagaimana di dalam kitab beliau berjudul al-Ikhtiyarat. Imam al-Baihaqi rahimahullah meriwayatkan satu pendapat daripada Imam Ahmad dalam bab ini, malah inilah pendapat yang beliau pegang diakhirnya.

========================
Pada pandangan saya, haid tidak ada dalam masa mengandung sebab bila janin ada, perubahan hormon yg berbeza akan berlaku. Dgn adanya janin, pendarahan atau pengeluaran sel telur tidak akan berlaku sama sekali. Jadi, tidak akan ada haid semasa mengandung kecuali sebab2 di atas atau sebab2 lain seperti luka dikemaluan dsbnya.

Rasanya setakat itu dulu. Maaf kerana soalan berpusing2, tapi penjelasan ini mungkin memahamkan dalam memberi nasihat pada pesakit atau sanak saudara lain.

Jazakallah

SJ-12-0199 : Nifas lagi

Jawab:

al-firdaus.com adalah milik Kapten Hafiz Firdaus, walaupun nama beliau tersenarai sebagai Panelis al-Ahkam, tapi beliau jarang masuk ke sini kerana kesibukan penulisan dan menjaga websitenya.

Oleh kerana isu ini bermula dari website Kapten, maka alangkah baiknya anda menghubungi beliau di website tsb. Ini untuk mengelakkan kekeliruan dan silap faham kerana kapten Hafiz mempunyai pendapat yang canggih dan tersendiri dalam banyak isu.