SJ-12-0207 : menyarung cincin adakah amalan kristian???

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0207 : menyarung cincin adakah amalan kristian???

assalamualaikum...sy ingin bertanya

adakah menyarung cincin selepas akad nikah yg diamalkn oleh masyrkt melayu adalah amaln kristian@nasrani?

adakah kita boleh mngamalkn amln ini sedangkn nabi S.A.W menyuruh kita berbeza dgn org kafir yg lain?

apakah cara and tertib akad nikah yg menurut hadis dan sunnah nabi S.A.W?

maaf jika soalan berulang...wslm

SJ-12-0207 : menyarung cincin adakah amalan kristian???

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Quote:
adakah menyarung cincin selepas akad nikah yg diamalkn oleh masyrkt melayu adalah amaln kristian@nasrani?
adakah kita boleh mngamalkn amln ini sedangkn nabi S.A.W menyuruh kita berbeza dgn org kafir yg lain?

Menyarung cincin selepas nikah memang tidak terdapat didalam amalan bernikah menurut perspektif Islam. Ada juga kemungkinan ia diambil dari amalan atau adat bangsa lain atau agama lain sebagaimana yang anda nyatakan. Walaubagaimana pun tidaklah semua perbuatan orang kafir itu tidak boleh sama dengan orang Islam. Contohnya, dulu ramai ulama' yang melarang pemakaian tali leher, tapi kini tali leher sudah menjadi lambang pakaian koperat. Yang tidak boleh sama ialah perkara2 yang menyentuh amalan agama mereka, seperti salib, baju paderi, pakaian Sami Buddha, dsb, dimana tidak terdapat dalil pengamalannya didalam Islam.

Bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syiekh Ibn Utsaimin rh apabila ditanya mengenai Cincin pertunangan, beliau menjawab : "pada asasnya tidak mengapa cincin tersebut, melainkan ia didatangkan dengan kepercayaan tertentu, sebagaimana ada dikalangan lelaki yang menulis namanya di cincin tersebut untuk diberikan kepada tunangnya, dan si-wanita pula menulis namanya pada cincin tersebut untuk diberikan kepada lelaki tersebut, dan percaya bahawa ia akan menguatkan ikatan perhubungan tesebut. Dalam kes ini, ia menjadi HARAM! Sebab amalan menguatkan ikatan tidak ada kena-mengena dengan Islam dan tidak masuk akal." [al-Fataawa al-Jaami'ah li al-Mar'ah al-Muslimah, 3/914-915].

Syiekh Salih al-Fauzan didalam fatwanya juga menyebut bahawa jika pasangan tersebut percaya bahawa cincin perkahwinan dapat menambahkan perasaan kasih sayang, maka hukumnya haram memakainya.

Syeikh Ibn Utsaimin menegaskan bahawa selama-mana adat tidak menyalahi sunnah maka ia tidak dilarang. [al-Sharh al-Mumti', 6/115].

Pada dasarnya, memberi, menyarung cincin perkahwinan tidaklah dilarang, kecuali jika dikaitkan dengan kepercayaan tertentu, maka ia bertukar menjadi haram. Kemungkinan juga adat menyarung cincin itu kebetulan menyamai adat sarung cincin orang Melayu, wallahu'alam.

Quote:
apakah cara and tertib akad nikah yg menurut hadis dan sunnah nabi S.A.W?

Cara bernikah didalam Islam sangat simple/mudah. Tidak ada perincian mengenai cara-cara mengangkat nikah. Pertamanya, pastikan semua rukun Nikah dipatuhi. Bagi Mazhab Syafie, rukun nikah terdiri daripada empat -

  • sighah (ijab (tawaran) dan qabul (penerimaan)),

  • bakal isteri

  • bakal suami

  • Wali
  • Didalam Kitab Adaab al-Zafaaf karangan Syeikh Nasyiruddin al-Albani ada menyebut beberapa perkara sunnah yang dilakukan oleh para salaf selepas pernikahan :-

  • Meletakkan tangan keatas ubun-ubun kepala isteri lalu berdo'a, ms 92
  • Çááåã Åäí ÃÓÃáß ÎíÑåÇ æÎíÑ ãÇ ÌÈáÊåÇ Úáíå æÃÚæÐ Èß ãä ÔÑåÇ æãä ÔÑ ãÇ ÌÈáÊåÇ Úáíå
    dir="ltr">"Ya Allah, aku memohon keatasmu diberikan kebaikkan daripadanya, dari segala yang engkau ciptakan pada dirinya, dan aku berlindung kepadamu dari keburukkannya dan dari segala apa yang engkau ciptakan pada dirinya" [Hadith Riwayat Abu Daud, #2160].

  • Melakukan solat 2 rakaat secara berjemaah (suami-isteri), ms 94
  • Berikut adalah beberapa perkara sunnah yang boleh dilakukan ketika majlis nikah [al-Fiqh al-Islami - 7/122, Dr Wahbah Zuhaily]:-

  • Khutbah 'Aqad

  • Para hadirin membaca do'a untuk pengantin

  • Bernikah pada Hari Jumaat

  • Mengkhabarkan atau mengumumkan berita mengenai majlis perkahwinan

  • Mengadakan Walimah / Kenduri perkahwinan
  • Sekian, wassalam

    خيرالأمين