SJ-13-0026 : Mendoakan kebinasaan ke atas orang yang zalim

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0026 : Mendoakan kebinasaan ke atas orang yang zalim

Assalamualaikum,

Abdullah bin Mas'ud r.a menceritakan 'Pada suatu ketika Nabi saw sembahyang dekat Ka'abah. Sedang Abu Jahal dan beberapa orang kawannya duduk bersama-sama. Salah seorang dari mereka berkata kepada yang lain, 'Siapa yang berani mengambil uri (isi perut) unta Bani Fulan dan meletakkannya di punggung si Muhammmad ketika dia sujud?'
Seorang yang paling jahat di antara mereka (Uqbah bin Abu Muaith) bangkit, lalu pergi mengambil uri unta itu. Kemudian dia menunggu sebentar. Waktu Nabi saw sujud, diletakkannya uri unta itu kepunggung Nabi, antara kedua bahu beliau.
Saya melihat kejadian itu, tetapi saya tidak berdaya apa-apa. Andaikata saya mendapat kekuatan tentu saya cegah. Mereka tertawa terbahak-bahak saling mengolok antara satu sama lain untuk mempermainkan Nabi. Rasulullah saw sujud terus, tidak mengangkat kepalanya hingga datang Fatimah (puteri beliau) membuang kotoran itu dari punggung beliau.
Nabi mengangkat kepalanya dan mendoa tiga kali, 'Ya, Allah! Hukumlah orang Quraisy! (Tiga kali).
Abu Jahal dan kawan-kawannya ketakutan mendengar Nabi mendoakan mereka, kerana mereka tahu bahawa doa di tempat itu diperkenankan Allah.
Kemudian Nabi menyebut nama mereka satu persatu, 'Ya, Allah! Binasakanlah Abu Jahal, Utbah bin Rabiah, Syaibah bin Rabiah, Walid bin Uqbah, Umaiyah bin Khalf, Uqbah bin Abu Muaith.'
Nabi menyebut nama orang yang ketujuh, tetapi saya telah lupa nama orang itu.
Kata Abdullah bin Masa'ud selanjutnya, 'Demi Allah, yang diriku dalam genggamanNya, aku melihat sendiri orang yang disebutkan Rasullullah saw dalam doanya itu, mati terkubur dalam lobang bekas sumur (waktu perang) Badar*."-Hadis Riwayat Bukhari
*Yang masuk kedalam lobang maut di Badar itu ialah Uqbah bin Muaith dan Umaiyah bin Khalf.

Permasaalahannya ialah hingga ketahap mana kita boleh mendoakan kebinasaan seseorang kerana selalunya dalam ceramah yang saya dengar, kita disarankan hendaklah mendoakan semuga orang yang zalim pada kita diberi hidayah oleh Allah. Katanya kerana haram kita mendoakan kebinasaan pada orang lain. Minta komen dari panel Al-ahkam.

JKK

re:SJ-13-0026 : Mendoakan kebinasaan ke atas orang yang zali

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami meminta ma'af akan kelewatan menjawab soalan yang telah lama disimpan di arkib al-ahkam semenjak pertukaran laman web kami. Insyallah, dengan kadar kemampuan ada, kami akan cuba menjawab soalan sdr abunabil.

Kalau kita amati, soalannya mudah iaitu : Bilakah kita boleh berdo'a akan kehancuran orang kafir, dan didalam keadaan bila kita boleh berdo'a agar Allah swt memberi hidayah kepada mereka. Disini saya ingin memetik fatwa oleh Dr. Muhammad Ahmad Al-Musayyar, Professor dari Jabatan Aqidah di Universiti Al-Azhar berkenaan do'a keatas orang-orang kafir :-

==============.
Do'a ialah sejenis ibadat kepada Allah swt, menunjukkan tunduk dan patut di hadapan Allah Azza Wajalla, ia merupakan kaedah memohon pertolongan kepada yang memiliki setiap sesuatu! Permohonan untuk dilulusan atau menolak bala bencana. Semasa berdo'a seorang itu harus bersungguh-sungguh dan menggunakan cara yang benar oleh syara' dan tidaklah terlepas atau lalai didalam melakukan perkara wajib. Firman Allah swt :

æóÞóÇáó ÑóÈøõßõãõ ÇÏúÚõæäöí ÃóÓúÊóÌöÈú áóßõãú Åöäøó ÇáøóÐöíäó íóÓúÊóßúÈöÑõæäó Úóäú ÚöÈóÇÏóÊöí ÓóíóÏúÎõáõæäó Ìóåóäøóãó ÏóÇÎöÑöíäó
"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina." - [Ghafir : 60]

Do'a keatas musuh yang kafir ialah sebagai senjata dimana orang Islam menggunakannya semasa melaksanakan JIHAD agar ia merasa selamat dan terkawal didalam setiap langkah, dan sebagai pemberi semangat didalam kematangan menguruskan ketenteraan, dan ia merupakan salah satu jenis zikir yang paling afdal sebagaimana firman Allah swt :-

íóÇ ÃóíøåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇ ÅöÐóÇ áóÞöíÊõãú ÝöÆóÉ ÝóÇËúÈõÊõæÇ æóÇÐúßõÑõæÇ Çááøóå ßóËöíÑðÇ áóÚóáøóßõãú ÊõÝúáöÍõæäó
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." - [Al-Anfal : 45]

Do'a keatas musuh-musuh yang kafir dilakukan didalam 2 keadaan :

(1)didalam kes JIHAD
(2) Keadaan orang Islam tiada berupaya (helpless).

Telah thabit (dalil) dari shahih Al-Bukhari bahawa Nabi saw berdo'a keatas orang-orang musyrikin, dan contohnya hadith mengenai do'a tersebut diriwayatkan oleh Ali ibn Talib ra. berkata : Tatkala pada hari al-Ahzab, Rasulullah saw bersabda :

ãáà Çááå ÈíæÊåã æÞÈæÑåã äÇÑðÇþ¡þ ÔÛáæäÇ Úä ÇáÕáÇÉ ÇáæÓØí Ííä ÛÇÈÊ ÇáÔãÓ
"Moga Allah mengisi rumah-rumah dan kubur-kubur mereka dengan api, kerana mereka telah melalaikan solat Asar kami tatkala terbenam matahari". Dan Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa : Nabi saw pernah berdoa didalam Qunut :

Çááåã ÃäÌ ÓáãÉ Èä åÔÇãþ¡þ Çááåã ÃäÌ ÇáæáíÏ Èä ÇáæáíÏþ¡þ Çááåã ÃäÌ ÚÈÇÔ Èä ÃÈí ÑÈíÚÉþ¡þ Çááåã ÃäÌ ÇáãÓÊÖÚÝíä ãä ÇáãÄãäíäþ¡þ Çááåã ÇÔÏÏ æØÃÊß Úáí ãÖÑ¡ Çááåã Óäíä ßÓäí íæÓÝ.
"Ya Allah, selamatkan Salamah ibn Hisham, selamatkan Al-Walid ibn Al-Walid, selamatkan 'Abbas ibn Rabi'ah, selamatkan semua orang yang tertindas/lemah dikalangan orang-orang yang beriman, Ya Allah, letakkan kabilah Mudar didalam keadaan yang sukar, biar mereka merasai sebagaimana zaman Nabi Yusuf".

Dari hadith-hadith lain mengenai do'a keatas musyrikin contohnya yang dikeluarkan oleh Al-Bukhari, dari Abu Hurairah berkata :

ØÝíá Èä ÚãÑæ ÇáÏæÓí æÃÕÍÇÈå Úáì ÇáäÈí Õáí Çááå Úáíå æÓáã ÝÞÇáæÇþ:þ íÇÑÓæá Çááå Åä ÏæÓÇ ÚÕÊ æÃÈÊ¡ ÝÇÏÚ Çááå ÚáíåÇþ¡þ ÝÞíáþ:þ åáßÊ ÏæÓþ¡ ÞÇá Úáíå ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇãþ:þ (Çááåã ÇåÏ ÏæÓÇ æÇÆÊ Èåãþ.þ)

"Telah datang Tufail dan sahabatnya kepada Nabi saw dan berkata : "Ya Rasulullah, kabilah Daus telah mengkianati dan engkar, Maka Allah akan mendo'akan keatas mereka", maka mereka berkata, "Hancurlah kabilah Daus", kemudian bersabda saw : "Ya Allah berilah hidayah kepada Daus dan biarlah mereka datang kepada kami".

Pertemuan diantara dua sikap ini menurut kami : Ia berbeza menurut keadaan, tatkala didalam keadaan tenang maka berdo'a agar diberi hidayah dahulu, dan bagi keadaan peperangan, semasa menyerang atau mempertahankan diri, maka berdo'alah menentang mereka, dan ini merupakan satu kemestian.

Doa meyatimkan kanak-kanak dan menjandakan isteri-isteri mereka merupakan do'a bertujuan mengalahkan musuh, sehingga Allah swt menghapuskan kepada akar umbi Thagut keangkuhan mereka.
------------------------

Komentar ini menjelaskan terdapat 2 versi do'a keatas orang kafir,

1) Do'a didalam keadaan bukan perang - do'a agar Allah swt membuka hati mereka
2) Do'a didalam keadaan perang - do'a agar Allah swt mengalahkan mereka kerana keangkuhan sifat mereka.

Wallaahu'alam, wassalam

Rujukan :-

1. Dr. Muhammad Ahmad Al-Musayyar. ÇáÏÚÇÁ Úáì ÇáßÇÝÑíä url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=52344.

خيرالأمين