SJ-13-0102 : talfeeq

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0102 : talfeeq

assalamualaikum
minta pnjelasan adakah boleh talfeeq?setahu saya bleh utk kebaikan umum.bagaimana org sekarang yg ikut mazhab syafi`i ttpi dlm beberapa hal ikut mazhab lain.bagaimana kalau dlm perkara halal haram?cth org mazhab syafi`i ttpi ikut mazhab maliki haiwan 2 alam x haram.jadi perbezaannya ketara iaitu syafi`i haram maliki halal.wassalam

Re: talfeeq

:wassalam

Jawab:

Talfeeq bermaksud menjadi resmi tupai dan melompat dari satu Imam kepada Imam atau dari satu madzhab kepada madzhab yang lain bertujuan mencari kemudahan dan keringanan dalam agama. Talfiq jenis ini membuka pintu nifaq dan melonggarkan ikatannya kepada agama.

Orang awam yang buta AQ dan Sunnah sebenarnya tidak bermadzhab kerana bermadzhab bermaksud seseorang itu mampu mengkaji manhaj (proses) bagaimana sesebuah madzhab membina fiqihnya.

Langkah yg terbaik ialah Ittibaa' atau seseorang belajar agama dan mampu meneliti dalil2 dlm fiqih dan mampu mengikuti perbahasan fuqaha' dalam isu2 khilafiah dan dia mampu memilih pendapat terkuat.

Jika sebelum ini dia bertaqlid dgn ulamak dari madzhab Syafi'iy dan kemudian ingin bertaqlid pula kepada orang bermadzhab Maliki dalam urusan halal dan haram, maka dia hendaklah tahu risiko yg bakal diterimanya. Bayangkan madzhab Maliki boleh makan penyu, boleh makan tupai, katak pun boleh makan, dsbnya..jika orang ramai bertanyakan dia kenapa dia makan kaki katak, maka sudah tentu dia tak dapat nak jawab.

Bagi orang awam, sebenarnya dia tidak ada masalah bertaqlid kepada mana-mana orang alim yg ada disekelilingnya. jika orang alim itu bermadzhab Zaidiyah, maka Zaidiyahlah dia, jika dia temui pula ilmuan yg bermadzhab Hanafi, maka Hanafilah pulak dia...

Yang tidak boleh ialah dia mengelilingi orang alim untuk mencari yang paling sesuai dengan hawa nafsunya. Ini dinamakan talfiq. Kalau benar2 nak belajar dan meningkatkan diri menjadi muttabi' (celik dalil dan nas), maka ini adalah langkah yg wajar dilakukan oleh semua orang Islam yg mukallaf (yg berkemampuan belajar)...