SJ-13-0191 : Bersukan berlatarbelakangkan ARAK??

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0191 : Bersukan berlatarbelakangkan ARAK??

Assalamu alaikum warahmatullah,

Moga Allah subhanahu wata'ala mensejahterakan panel al-ahkam.net sekalian.

Baru2 ini saya bermain futsal atas ajakan kawan di sebuah dewan yang agak terkenal dengan permainan futsal. Namun, di setiap dinding dewan tersebut terpampang perkataan jenama2 ARAK. Besar2 tulisannya.

Soalan:
1. Apakah hukum bersukan di dalam dewan tersebut? Ini kerana saya bermain futsal di dalam sana dengan perasaan tidak selesa. Takut menjadi fitnah buat Islam yang menjadi pakaian dan inti hidup saya.
2. Kami dikenakan bayaran mengikut lama menggunakan gelanggang. Adakah wang ringgit itu dikira sebagai membantu perniagaan ARAK?

Mohon penjelasan. waAllahu a'lam.

Komen: Walau mungkin, nama2 ARAK itu sebagai tujuan iklan. Namun, jika setiap hari insan disaji dengan nama dan suasana ARAK, berkemungkinan apabila nama ARAK telah diimejkan di dalam otak insan (terutama anak2 muda muslim), pada suatu hari mereka akan akan mencubanya pula...na'udzubillahi min dzalik!!

SJ-13-0191 : Bersukan berlatarbelakangkan ARAK??

:wassalam

alJawab:

1. Pihak berwajib tidak mengharamkan pengiklanan arak, maka pengiklanan arak ini masih berleluasa di billboard, suratkhabar dan tempat2 yang anda maksudkan. Begitu juga MAS menghidangkan arak dalam penerbangannya, apakah anda tidak boleh menaiki MAS?
Walaupun ia mencabar keislaman kita, tapi jika kita tidak mampu lagi merubahnya, maka kita terpaksa hidup dicelah-celah kemungkaran tersebut hinggalah ada Pusat Futsal yang dimiliki oleh orang Islam. RasuluLlah saw ketika di Mekkah, beliau beribadah di Ka'bah ketika itu ka'bah dipenuhi dengan berhala pelbagai saiz dan bentuk. Kerana ketika itu baginda tidak berupaya menghalangnya.

2. Bayaran gelanggang itu bukanlah untuk membiayai arak. Ini kerana tuanpunya gelanggang futsal itu mempelbagaikan pendapatannya bukan sahaja dari sewa gelanggang tapi juga dari bayaran ruang iklan. Kecuali anda pasti bahawa gelanggang futsal itu memang milik syarikat arak, maka sudah tentu anda hendaklah mencari gelanggang lain. Begitu juga jika gelanggang itu membesar-besarkan syi'ar arak, maka adalah lebih baik juga anda mencari gelanggang lain yang mana iklannya bukan arak.
sekian.