:salam
Ana akan meyambut kelahiran anak sulung ana pd hujung thn ini,insyaAllah.
Oleh itu, ana ingin meminta bantuan panel feqh agar dpt menyenaraikan cara2 menyambut bayi yg terbaik menurut agama Islam.
Sy juga ingin tahu mengenai aqiqah dan bagaimana ianya dilakukan. Juga ingin tahu mengenai mencukur rambut bayi. Apakah hikmahnya dan timbangan berat rambut itu harganya perlu dibandingkan dgn apa?
JKK...
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda sekadar yang termampu, Insya-Allah.
Tidak ada cara khas yang dinyatakan oleh syara' bagi menyambut kedatangan bayi. Yang di tuntut didalam Islam adalah supaya anda mendo'akan keselamatan Ibu dan bayi, dan moga-moga anak tersebut menjadi anak yang soleh.
Semasa kelahiran anak tersebut, anda bolehlah melakukan sujud syukur sebagai tanda kesyukuran diatas pemberian cahaya mata dari Allah swt. Ibn Qudamah rh mengatakan bahawa cara sujud syukur adalah sama seperti sujud tilawah (semasa membaca al-Quran), begitu juga dengan bacaannya [al-Mughni, 3/372].
Pada hari ke 7, disunat melakukan 3 perkara, iaitu memberi Nama, memcukur rambut dan Aqiqah. Telah diriwayatkan oleh Samurah, berkata : Rasulullah :saw bersabda :-
a. Berilah NAMA yang baik kepada anak tersebut.
b. Ibn al-Qayyim rh menyatakan bahawa adalah mendatangkan munafaat untuk mencukur rambut bayi yang baru lahir. Mencukur rambutnya membuangkan kemudaratan kepadanya [lihat juga - al-Fath al-Bahr, 9/593], membuang rambut-rambut yang lemah agar rambut yang kuat dan teguh menggantinya. Mencukur juga memberi keselesaan kepada bayi tersebut dan kulit kepadanya terbuka. [Ahkamul Tifl, Ahmad al-Eesawii, ms192].
Ibn Utsaimin rh mengatakan bahawa mencukur rambut pada hari tersebut mempunyai kesan yang positif terhadap akar rambutnya. [Sharh al-Mumthi' 'ala Zaadil Mustaqni', 7/540].
Dinyatakan agar memberi sedekah timbangan berat rambut tersebut dengan harga emas atau perak. Kalau sukar melakukan timbangan, para ulama' mencadangkan agar diandaikan (estimate) sahaja beratnya dan dikeluarkan wang sebagai sedekah.
Mengenai hukum cukur kepada keatas bayi perempuan, ulama berselisih pendapat mengenainya. Mazhab Syafie dan Maliki membenarkan, akan tetapi Mazhab Hanbali tidak membenarkan atas alasan wanita tidak dibenarkan dicukur rambut mereka. Ibn Qudamah rh mengatakan hukumnya Makruh keatas bayi perempuan [al-Mughni,1/104].
c. Aqiqah - adalah menjadi sunnah menyembelih 2 ekor kambing bagi bayi lelaki dan 1 kambing bagi bayi perempuan, sebagaimana yang diriwayatkan oleh A'isyah ra katanya :
Jumhur mengatakan diterima aqiqah dari kambing, unta atau lembu, akan tetapi mereka berbeza pandangan samada hukumnya sama seperti binatang korban, iaitu samada dibenarkan berkongsi kambing atau unta?
Pandangan yang benar adalah tidak boleh dikongsi aqiqah (eg: 1/7 - satu bahagian). Ini adalah pandangan Mazhab Maliki dan Hanbali [al-Mawsu'ah al-Fiqhiyyah, 30/279].
Seseorang yang melakukan aqiqah untuk bayinya boleh mengajak orang datang menjamah hidangan tersebut, dirumahnya atau dimana-mana tempat, atau di bolehkan mengagih daging tersebut secara mentah atau memasaknya dan diberikan kepada orang miskin, saudara mara, jiran tetangga, sahabat handai dsb [Fataawa al-Lajnah al-Daa'imah, 11/442].
d. Adalah mustahab (digalakkan) bagi bayi tersebut dilakukan Tahneek dan dido'akan. Tahneek adalah meletakkan sesuatu yang manis dimulut bayi. Diriwayatkan oleh Abu Musa, katanya :-
e. Disamping itu juga hendaklah berkhatan bagi bayi lelaki. WA.
Sekian, wassalam
خيرالأمين