SJ-13-0311 : Mana lebih penting?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0311 : Mana lebih penting?

Salam panel al ahkam

Banyak pula nampak soalan bln Ramadhan ni. Ada og tanya ana dlm situasi dimana keadaan terdesak contohnya, seseorang itu ditawan dan diugut akan bunuh anaknya jika ia tak mematuhi utk convert jadi non muslim @ disuruh berzina, apa yang dia patut dia buat?

Pada pandangan ana(ni yg ana bgtau la)
1)Kisah seorang sahabat yg di suruh jadi kafir, dia berkata tapi hatinya still lagi Islam. So Rasulullah kata dia still lagi muslim. Kalau melibatkan nyawa, Islam menekankan utk selamatkan nyawa, agama, harta etc

2)Tapi at the same time, ingat jugak kisah org yg masuk islam setelah bersaksi dan dihumban dlm api. Org ahli sihir dan pengikut2 Nabi Musa as bersaksi Allah sbg Tuhan, mrk beriman, tanpa mengira padahnya dan dihumban dlm api

3) Rasanya dlm Quran/hadith, bila sahabat bertanya manakah pertolongan Allah(rasanya zaman mekah ni). Rasulullah berkata tidakkah kamu tahu bhw org Islam terdahulu diuji dan disiksa.

Mungkin situasi ini berlaku di Bosnia. Jadi mintala pendapat panel.

JZK

SJ-13-0311 : Mana lebih penting?

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Quote:
seseorang itu ditawan dan diugut akan bunuh anaknya jika ia tak mematuhi utk convert jadi non muslim @ disuruh berzina, apa yang dia patut dia buat?

jika melibatkan mudarat seperti ini, diberi rukhsah untuk menzahirkan kekufuran, dalam keadaan hatinya tetap dengan iman.

Firman Allah Taala: "Dan sesiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman, kecuali orang yang dipaksa kafir sedangkan hatinya tetap tenang dengan iman...." (al-Nahl: 106).

Quote:
1)Kisah seorang sahabat yg di suruh jadi kafir, dia berkata tapi hatinya still lagi Islam. So Rasulullah kata dia still lagi muslim.

Iaitu kisah Ammar bin Yasir yg dicekup oleh musyrikun, dan memaksanya kufur kepada Nabi. Mereka tidak melepaskannya sehinggalah Ammar mencela Nabi SAW dan memuji tuhan-tuhan mereka. Kemdudian, Ammar melakukannya dan dilepaskan. Ammar mengadu dan bertanya Nabi SAW. Nabi bertanya Ammar, "Bagaimana keadaan hati kamu?" Ammar menjawab: "tenang dengan Iman". Nabi besabda: "Jika mereka ulangi(perbuatan memaksa kamu), maka ulangilah balik (apa yg kamu buat).
HR Baihaqi (no: 16673). Lihat juga: Tafsir Tabari 17/304.

Quote:
2)Tapi at the same time, ingat jugak kisah org yg masuk islam setelah bersaksi dan dihumban dlm api. Org ahli sihir dan pengikut2 Nabi Musa as bersaksi Allah sbg Tuhan, mrk beriman, tanpa mengira padahnya dan dihumban dlm api

Syariat Nabi Muhammad SAW berbeza dengan syariat Nabi Musa a.s dan nabi2 lain sebelumnya. Secara kasar, dilihat syariat Musa a.s. lebih keras dan syadid, contohnya: dalam peristiwa taubat, mereka hanya diampunkan Allah setelah berbunuh-bunuhan antara satu sama lain.

Syariat Nabi SAW adalah ringan dan banyak kemudahan. Nabi sendiri mengakuinya dalam hadis:
"Aku tidak dibangkitkan dengan agama Yahudi dan Nasrani. Tetapi aku dibangkitkan dengan syariat yang lurus dan mudah".
HR: Ahmad (no: 22291). Dinilai sahih oleh Albani dalam Silsilah Sahihah (no: 2924).

Maka rukhsah dalam perkara paksaan ini, termasuklah keistimewaan syariat Muhammad SAW.

Quote:
3) Rasanya dlm Quran/hadith, bila sahabat bertanya manakah pertolongan Allah(rasanya zaman mekah ni). Rasulullah berkata tidakkah kamu tahu bhw org Islam terdahulu diuji dan disiksa.

Keringanan yg diberikan dalam kes-kes tertentu, tidak bererti setiap muslim terlepas daripada taklif dan tanggungjawab. Sifat seseorang sebagai mukallaf sudah cukup menggambarkan di sana terdapat bebanan2 agama yg wajib dilaksanakan oleh setiap muslim.

Contohnya: Dalam kes kewajipan berjihad, dalam situasi fardhu ain berjihad, tidak ada rukhsah untuk menyembunyikan diri. atau di medan perang, tiada rukhsah untuk cabut lari ke belakang.