:salam
Adakah bile saya menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan si gadis A dan dia setuju itu dikira bertunang?untuk tambahan si ibu dan bapa gadis A mengetahui hajat saya dan bersetuju dengan pilihan anaknya tetapi mereka hanya membenarkan kami berkahwin setelah sy tamat pengajian( dlm 2 tahun lagi) dan mempunyai kerja tetap.
Soalan
1.Dlam masa sy belajar untuk menghabiskan pengajian dan mencari kerja,adakah hbgn sy dan gadis A dikira bertunang yang sah?
:salam
Saudara boleh melihat jawapan Oleh Syeikh Abu_Umair seperti di url dibawah :
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=102&t=34196&start=0
Manakala dalam masalah ini , sekiranya syarat atau kaedah bertunang yang diterangkan dalam Islam telah dilakukan oleh saudara , maka saudara telah dikira bertunang dengan sah.Walaubagaimana pun wajiblah bagi saudara dan pasangan saudara menjaga setiap batas-batas pergaulan dari sudut halal dan haramnya mengikut lunas-lunas syarak.Ini kerana , kebiasaannya pertunangan yang terlalu lama akan mengundang fitnah dan boleh membawa kepada perkara-perkara yang dilarang oleh Islam.
WA
الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com