SJ-13-0408 : siapa pembina kaabah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0408 : siapa pembina kaabah

siapakah yang membina kaabah....nabi adam atau nabi ibrahim

SJ-13-0408 : siapa pembina kaabah

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Persoalan siapakah yang mula-mula sekali membina Ka’bah merupakan perkara yang diperselisihkan ulama’. Tidak ada dalil yang jelas menunjukkan pembinaan Ka’bah sebelum Nabi Ibrahim as. Bahkan, bukan sahaja khilaf pandangan ini diantara Nabi Adam as dan Nabi Ibrahim as, akan tetapi ada menyatakan bahawa Malaikat yang mula-mula membina Ka’bah sebelum kedatangan Nabi Adam as.

Terdapat didalam satu riwayat oleh Baihaqi yang menceritakan Adam as yang membina Ka’bah, akan tetapi riwayat ini sanadnya Dhaef.

Dalil yang paling jelas menunjukkan Nabi Ibrahim as dan anaknya Nabi Ismail membina Ka’bah adalah didalam firman Allah swt :-

æóÅöÐú íóÑúÝóÚõ ÅöÈúÑóÇåöíãõ ÇáúÞóæóÇÚöÏó ãöäó ÇáúÈóíúÊö æóÅöÓúãóÇÚöíáõ ÑóÈøóäóÇ ÊóÞóÈøóáú ãöäøóÇ Åöäøóßó ÃóäúÊó ÇáÓøóãöíÚõ ÇáúÚóáöíãõ
dir="ltr"> “Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.” [Surah al-Baqarah : 127].

Jika dikaitkan Ka’bah dan pembinaan Masjid al-Haram, kita dapat lihat bahawa pembinaannya adalah sekitar zaman Nabi Ibrahim as. Didalam sebuah hadith riwayat Abu Zarr ra. berkata :-

ÞáÊ íÇ ÑÓæá Çááå Ãí ãÓÌÏ æÖÚ Ýí ÇáÃÑÖ Ãæá ¿ ÞÇá : ÇáãÓÌÏ ÇáÍÑÇã ¡ ÞÇá : ÞáÊ : Ëã Ãí ¿ ÞÇá : ÇáãÓÌÏ ÇáÃÞÕì ¡ ÞáÊ : ßã ßÇä ÈíäåãÇ ¿ ÞÇá : ÃÑÈÚæä ÓäÉ ¡ Ëã ÃíäãÇ ÃÏÑßÊß ÇáÕáÇÉ ÈÚÏ ÝÕáøö
dir="ltr"> “Kata berkata : Ya Rasulullah. Masjid mana yang dibina mula-mula sekali diatas muka bumi? Baginda menjawab : Masjid al-Haram. Aku berkata : kemudian yang mana pula? Baginda bersabda : Masjid al-Aqsa. Aku berkata : Berapa jarak masa diantara keduanya? Baginda bersabda : 40 tahun, Maka dimana sahaja kamu berada apabila dating waktu solat, maka bersolatlah” [Hadith Riwayat al-Bukhari #3186, Muslim #520].

Kesimpulannya ialah dalil sahih yang wujud dihapadan kita adalah Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as telah membina Ka’bah. Terdapat hadith dhaef dan cerita Bani Israel yang menceritakan peristiwa pembinaan Ka’bah; misalnya peranan malaikat dsb. Siapakah yang membina sebelum Nabi Ibrahim as dan anaknya, tidak ada dalil sahih yang dapat membuktikannya. WA,

Sekian, wassalam

Sumber :

ÈäÇÁ ÇáßÚÈÉ
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528603064

ãä Èäì ÇáßÚÈÉ¿
http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=17346&Option=FatwaId

خيرالأمين