SJ-14-0149 : Az Zumar ayat 29

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-14-0149 : Az Zumar ayat 29

:salam :P

29. Allah membuat perumpamaan (yaitu) seorang laki-laki (budak) yang dimiliki oleh beberapa orang yang berserikat yang dalam perselisihan dan seorang budak yang menjadi milik penuh dari seorang laki-laki (saja); Adakah kedua budak itu sama halnya? Segala puji bagi Allah tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.

bleh tau ap mksd Allah melalui ayat ni...

SJ-14-0149 : Az Zumar ayat 29

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Berikut adalah terjemahan Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Nasihat Arab Saudi :-

ÖóÑóÈó Çááøóåõ ãóËóáðÇ ÑóÌõáðÇ Ýöíåö ÔõÑóßóÇÁõ ãõÊóÔóÇßöÓõæäó æóÑóÌõáðÇ ÓóáóãðÇ áöÑóÌõáò åóáú íóÓúÊóæöíóÇäö ãóËóáðÇ ÇáúÍóãúÏõ áöáøóåö Èóáú ÃóßúËóÑõåõãú áóÇ íóÚúáóãõæäó
dir="ltr">"Allah memberikan satu misal perbandingan: Seorang hamba lelaki yang dimiliki oleh beberapa orang yang berkongsi yang bertentangan tabiat dan kemahuannya dan seorang hamba lelaki yang lain hanya dimilik oleh seorang sahaja; adakah kedua-dua hamba itu sama keadaannya (Tentulah tidak sama). Ucaplah: Alhamdulillah (sebagai bersyukur terhadap penjelasan soal tauhid itu) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik) tidak mengetahui (hakikat tauhid). " [al-Zumar : 29]

Maksudnya - Allah swt memberi penjelasan mengenai perbezaan diantara Syirik dan Tauhid dengan kaedah perumpamaan; 2 budak. Budak pertama dimiliki oleh beberapa Tuan. Kesemuanya berkongsi (bersyarikat) memilikinya.

Budak yang kedua pula hanya mempunyai seorang Tuan sahaja.

Budak pertama tadi menerima arahan2 yang berbeza dari beberapa Tuannya. Budak tersebut tidak mungkin dapat menunaikan permintaan tuan-tuannya dalam satu waktu yang sama. Sentiasalah budak pertama tadi didalam keadaan kebingungan.

Budak kedua hanya menerima perintah dari satu Tuan sahaja, dan dia dapat melaksanakan dengan baik. Tuannya pun merasa lega kerana perintahnya dapat dilaksanakan.

Allah swt menyoal : Apakah kedua budak-budak itu sama keadaannya? Tentu sekali TIDAK.

Begitulah jika diaplikasikan kepada orang yang berTAUHID dan orang yang SYIRIK. Orang yang ada Tauhid tidak pernah kebingungan dan melaksanakan segala perintah dan larangan dari Tuhannya. Orang yang syirik selalu berada didalam keadaan kebingungan dan konfius. Tuhan mana yang harus disembah??

Setelah Allah swt menjelaskan mengenai kebatilan syirik, maka dia menjelaskan bahawa segala puji-pujian hanya untuknya dan bukan untuk yang lain. Akan tetapi, tidak semua manusia yang mahu mengetahuinya. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين