Assalamualaikum.
Sekiranya tidak keberatan, boleh tak disertakan dalil (al-Quran atau hadis) bahawa dalam bahtera Nabi Nuh (a.s) ada bersamanya juga tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang selain dari manusia?
Sekian. Terima kasih
Sumber Rujukan Islam Anda..
Assalamualaikum.
Sekiranya tidak keberatan, boleh tak disertakan dalil (al-Quran atau hadis) bahawa dalam bahtera Nabi Nuh (a.s) ada bersamanya juga tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang selain dari manusia?
Sekian. Terima kasih
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))
*********************
Alhamdulillah, berdasarkan butiran-butiran berikut adalah merupakan jawapan-jawapan bagi setiap soalan yang diajukan menurut pengetahuan kami yang sedikit , yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala :
Soalan yang dikemukan itu bertitik-tolak dengan kisah Nabi Nuh a.s sbg mana terdapat di dalam Ayat 40 : Surah Hud :
ÍóÊøóì ÅöÐóÇ ÌóÇÁ ÃóãúÑõäóÇ æóÝóÇÑó ÇáÊøóäøõæÑõ ÞõáúäóÇ ÇÍúãöáú ÝöíåóÇ ãöä ßõáøò ÒóæúÌóíúäö ÇËúäóíúäö æóÃóåúáóßó ÅöáÇøó ãóä ÓóÈóÞó Úóáóíúåö ÇáúÞóæúáõ æóãóäú Âãóäó æóãó Âãóäó ãóÚóåõ ÅöáÇøó Þóáöíá
“ Ertinya : Hingga apabila datangnya perintah Kami, dan mendidihnya bumi – mengeluarkan airnya agar terjadinya taufan besar - , Kami berfirman : “ Bawalah / Angkutlah ke dalamnya – bahtera – daripada setiap jenis itu sebanyak sepasang dan ahli keluargamu, kecuali mereka yang akan mendapat seksaan Allah Ta’ala – dan juga (bawalah bersamamu) orang-orang yang beriman . Walhal, tidaklah ada yang beriman kepadanya – Nabi Nuh a.s – melainkan sedikit “.
Ayat ini juga berkait dengan Ayat 15, Surah Al-‘Ankabut.
Pengertian ayat di atas (( ……..” drp setiap jenis itu sebanyak sepasang “ ….. )) menurut Tafsir Imam At-Tobari (rh) :
Menurut Imam Mujahid (r.h) ialah : DRP SETIAP JENIS ITU SEBANYAK SEPASANG JANTAN-BETINANYA .
Menurut Imam Al-Qurtubi (r.h) pula ialah : DARIPADA SETIAP APA SAHAJA YANG ADA INI, SEBANYAK MENGIKUT PASANGANNYA.
Jadi, jelas yang dimaksudkan mengenai dengan perkataan “ setiap “ itu ialah setiap apa yang ada di muka bumi ini – samada ianya adalah binatang ataupun tumbuh-tumbuhan , kerana pengertian “setiap” ( kullin ) itu menunjukkan umum dan menyeleuruh.
*******************************
Jika ada yang memohon pula agar disertakan berapakah jumlahnya semua makhluk yang berada di dalam bahtera Nabi Nuh a.s itu ?, apakah jenis-jenis dan nama-nama haiwan yang berada di dalamnya ? apakah jenisnya tumbuh-tumbuhan di dalamnya ? adakah pucuk-paku, ulam pegaga, terung, dauk kadok, akar tongkat Ali, Kacip Fatimah, Jarum Emas…danbla, bla , bla … berapa tingkatkah bahtera itu ? siapakah nama-nama orang-orang yang beriman dengan Nabi Nuh (a.s) itu ? dan seumpamanya ……..
MAKA KAMI AKAN MENJAWABNYA …..
Sesungguhnya perincian seperti itu tiada di dalam Al-Quran Al-Karim & As-Sunnah yang sahih ( sepanjang pemeriksaan dan ilmu kami yang sedikit ini ) , sebagaimana tiada perincian akan berapa luaskan menurut kilometer persegi besar dan panjangnya syurga dan neraka !?, Apakah jenisnya bahan binaan di syurga ? , drp mutiara dan permata jenis apakah ia ?, drp permata Alexandria kah ia ? drp jenis Akiq kah ia ?, drp Nilam kah ia ? ,….dan seumpamanya itu . Kebiasaannya perincian yang “ pelik & aneh “ ini hanya di dapati di dalam kitab-kitab yang memuat riwayat-riwayat ISRAI’ILIEYAT ( Riwayat-riwayat yg bersumber drp pendita-pendita Yahudi dan Kristian ) , dibahaskan secara terperinci seperti itu agar umat Islam “ghalit” (leka) dengan perkara-perkara yang tidak dituntut dan diberati untuk diketahuinya @ bukannya perkara yang fardhu ‘ain. ( Sayangnya sebahagian besar penuntut-penuntut di pondok dan di sekolah agama, juga di surau dan di masjid, disuakan dengan “sajian pelik-pelik dan aneh-aneh” seperti ini hingga ada yang sampai ke tahap beriman dengan adanya kerbau di bawah perut bumi bersama ikan hut Nabi Yunus a.s ….Astaghfirullahal Adzim !!! )
Mengapakah perincian seperti itu tiada di dalam kedua-dua sumber kekuatan umat Islam itu ?? Kerana ianya bukanlah menjadi satu perkara yang dititik-beratkan oleh Allah Ta’ala dan tidaklah menjadi dosa kepada mereka tidak mengetahuinya secara terperinci dan tidaklah pula menyebabkan bertambahnya keimanan bagi mereka yang mengetahuinya .
***********************
Begitulah jawapan-jawapan berdasarkan soalan-soalan yang tersurat, walhal Allah Ta’ala Lebih & Maha Mengetahui setiap apa yang tersirat.
Sekian. Terima Kasih.
Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå