SJ-1673: Urusan Suami/Isteri

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1673: Urusan Suami/Isteri

Assalamualaikum,
Minta maaf kerana mengutarakan perkara yang sensitif hanya saya rasa di kalangan bangsa Melayu sahaja. Tetapi saya inginkan confirmation, we are only human. Menurut research saya yg limited banyak kitab Arab serta versi Melayu yang menceritakan, menggambarkan serta pendek kata "in an open discussion" selama beratus-ratus tahun rasanya membincangkan hal ini. Namun di era multimedia access yang unlimited ini saya rasa diskusi hal ini perlu dibuka dan dilihat secara mature. Soalan saya, adakah benar referrence kpd Ibnu Ubay dsb mengenai hal ini. If, so kenapa umat Islam membiarkan pihak orientalis mengembar-gembur isu ini dengan 1001 Arabian nights menggambarkan exploits org Islam kononnya dalam hal ini. Pendapat saya jika benar terdapat Kitab yang membincangkan dengan terperinci "seperti sebuah guide", kenapa ia tidak diajar secara terbuka sepertimana anjuran Sunnah yang lain, yang saya dapati hanya perkara do'a sahaja diketengahkan, sedang metode dsb malu pula dibincangkan. Maaf jika ini sensitif tetapi pada zaman sekarang ini satu isu yang sangat penting saya rasa. Thanks

Re: SJ-1673: Urusan Suami/Isteri

Jawab:

Saya tidak berapa pasti apa yg anda ingin kemukakan. Cuma saya boleh membuat andaian (perbetulkan saya) bahawa anda inginkan Islam berbicara soal seks secara telus, meluas dan terbuka sebagaimana kitab Kamasutra dalam budaya Hindu.
Jawapan kita: Islam memang sudah menerangkan perihal seks secara detail dalam kitab-kitab munakahat. Malah dalam pasaran sekarang, antara tajuk2 yg paling banyak dan popular di kedai-kedai buku agama ialah mengenai persoalan rumahtangga dan seksologi. Cuba anda lawati mana-mana kedai buku, maka anda mesti perasan kitab-kitab yg menyentuh persoalan rumahtangga dicetak dalam cover yg menarik dan berwarna warni dan di pamerkan di ruang yg paling strategik dalam kedai itu. Cuma Islam tidaklah terlalu explicit (detail) dan perlu juga mengambil kira adab dan susila Islam yg tinggi, yang mana seks dalam peradaban Islam mestilah diambil dalam batas2 yg sederhana sesuai dengan watak dan kedudukan umat Islam sebagai umat yg pertengahan. Menyentuh kitab-kitab yg anda maksudkan, ia kebanyakannya kitab2nya masih dalam bahasa Arab, begitu juga kitab-kitab sunnah dan syarahnya spt syarah sahih Muslim, sahih Bukhari, syarah sunan Abi Daud yg masih belum diterjemahkan, begitu juga kitab-kitab klasik yg tebal2 dan berjilid-jilid yg mengandungi penerangan detail mengenai pelajaran seks, kebanyakannya masih belum dialihbahasa.
Namun sudah ada terjemahan yg bagus dalam pasaran antaranya karya Syaikh Nasiruddin Albani, Adabul Zifaf, Syaikh Ali Qutb, Tuhfatul 'Aris wal "Urus, dan banyak lagi.
Rumusannya: Islam tidak mengabaikan pelajaran seks kepada umatnya, malah ia dimasukkan dalam bab Munakahat. Masalahnya kebanyakan kitab-kitab yg muktabar dalam hal ini masih belum dialihbahasa atau umat Islam yg tidak gemar membaca dan terdedah kepada budaya ilmu yg berterusan. Walaupun Islam memberi pendidikan seks, tapi tidaklah terlalu detail dan explicit yg diserahkan kepada kreativiti manusia, apa yg diajar oleh Islam hanyalah basic sahaja dan garispanduan umum sahaja yg menyentuh halal/haram. Mengenai cara dan posisi semasa seks diserahkan kepada kreativiti masing2. Allahu a'alam