SJ-1682: tujuan sembelihan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1682: tujuan sembelihan

Assalamualaikum ustaz,
Bolehkah makan daging sembelihan halal, tetapi di beli untok bertujuan mengadakan majlis haram atau bidah, yaitu bukan tujuan "kerana Allah".
Wassalam.

Re: SJ-1682: tujuan sembelihan

Jawab:

1. Semua haiwan yg halal di makan dan disembelih mengikut hukum syara' halal di makan. Ijma'
2. Mana-mana orang atau organisasi yg membeli daging halal (walau apa pun tujuan pembelian daging itu) tidak menjejaskan kehalalan daging itu. Daging itu kembali pada hukum asal : halal kerana disembelih mengikut hukum syara'.
3. Menghadiri majlis yg haram, mungkar dan bid'ah adalah ditegah syara'. Dalilnya:
" dan janganlah tolong menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran" terjemah AQ 5: 2
"orang2 munafik lelaki dan perempuan sebahagian dengan sebahagian yg lain adalah sama, mereka menyuruh membuat mungkar dan melarang berbuat makruf.." AQ 9" 67
HR Muslim dari Jabir ra, "..sejelik-jelik urusan ialah perbuatan bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat."
HR Ahmad dari Irbadh bin Sariyah ra," hendaklah kamu berhati-hati terhadap urusan yg diada-adakan, kerana setiap yg diada-adakan adalah bid'ah, setiap bid'ah adalah sesat."
Rumusan:
Daging halal yg dibeli ahli maksiat dan ahli bid'ah untuk majlis maksiat dan bid'ah tetap kekal kehalalannya. Cuma orang beriman yg bertaqwa ditegah dari menghadirinya kerana dilarang oleh nas-nas yg kita sebutkan di atas dan orang Islam tetap berdiri di atas prinsip : menegakkan makruf dan mencegah mungkar. Allahu a'alam