Ustaz,
1. Sebaik sahaja masuk ke bilik mandi air terus diratakan dengan niat mandi hadas sekali. kemudian membuang air besar selepas itu baru tubuh badan dibersihkan. Persoalan perlukah niat mandi hadas diulang semula sebab proses pembersihan badan tadi terhenti disebabkan membuang air besar.
2. ukuran dua kolah, berapakah ukuran sebenarnya dalam meterpadu?
Jawab:
1. Sepatutnya buang air (besar/kecil) dan membersihkan badan dari kotoran (termasuk kesan air mani) itu didahulukan sebelum menjirus air ke badan dan meratakannya. Bukan terbalik: meratakan air ke badan baru nak buang air dan membersihkan najis dan kotoran. Logiknya kita basuh kereta pun sebelum melumurkan syampoo kereta, kita bersihkan dulu kotoran, tar, najis yg jelas pada badan kereta, membuang tikar getah dalam kereta, barulah kita ratakan air, bubuh syampoo, bilas dan akhir sekali vaccum kereta dan polish. Itu dipanggil tertib.
Cara yg tertib ialah settle dulu masalah buang air, bersih kotoran kat badan, dan barulah mandi secara tertib. Ini kena buka balik kitab-kitab asas atau fardhu 'ain (bab mandi hadath)
Selepas kita niat mandi, dia hendaklah muwalat (berterusan) pada kadar yg tidak terlalu lama hingga air mandian dah kering, maka jika continuity (kesinambungan) itu ada gap masa yg lama (mengikut uruf), maka kena niat semula. Jika gangguan itu berupa buang air yg sekejap, tidak perlu niat semula. Fiqh Islami
2. Ukuran dua kulah ini tidak releven lagi di masa kini kerana sistem air sudah berubah 360 darjah dari zaman silam, kita menggunakan sistem air paip sepenuhnya. Takungan air secara kulah mengundang pembiakan nyamuk dan menyibarkan kuman berasaskan air kerana tergenang dengan lama. Sistem air paip lebih selamat dan bersih.
Ukuran air dua kulah :
500 kati Baghdad atau
270 liter atau
dalam meter padu:
dua kulah ialah 1 1/4 hasta dimensi tinggi-lebar dan panjang
1 hasta=48cm
1 1/4 hasta = 60cm
60X60X60cm=216 m padu? (sumber: Fiqh Islami)
Allahu a'alam
Ralat:
270 liter = 0.216 meter padu dan bukannya 216 meter padu.
terimakasih pada syaikh mlar. JKK