SJ-1702: dosa (Islam vs Kristian)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1702: dosa (Islam vs Kristian)

Maafkan saya jika soalan ini tidak berkaitan dengan feqh.
Saya ingin meminta pendapat ahli panel tentang apa yang dimaksudkan dengan dosa. Saya pernah ditanya oleh orang (beragama) Kristian tentang dosa. Saya mengatakan yang dosa akan ditanggung oleh individu sendiri dan bukan kami umat Islam percaya kepada dosa waris seperti kamu (orang kristian). Orang kristian itu mendakwa yang islam juga percaya kepada dosa waris atau pun dalam kata lain dosa orang lain ditanggung oleh kita. Saya meminta dia menunjukkan kebenaran dari apa yang dia katakan. Orang kristian tersebut mendakwa yang Nabi Muhammad saw ada bersabda dalam satu hadis yang lebih kurang berbunyi begini...Semua orang(penduduk didalam kawasan tersebut) akan menanggung dosa jika penduduk didalam sesuatu kampung tidak cepat mengebumikan jenazah. Secara tak langsung saya pernah dengar hadis ini. Bukanlah saya keliru dengan islam tetapi saya perlukan sesuatu untuk menangkis tuduhan ini sebelum tangan saya serta penumbuk melekat dekat muka orang kafir ini kerana ada sahaja kekeliruan yang ingin mereka timbulkan.Saya rasa tidaklah menjadi salah jika saya melakukan demikian. Minta pendapat ahli panel dalam hal ini. Sekian terima kasih.

Re: SJ-1702: dosa (Islam vs Kristian)

Jawab:
1. Dakwah kepada ahlil Kitab (Kristian & Nasara) tidak boleh melibatkan kekerasan dan penumbuk melainkan dengan hikmah dan debat yg baik. Ini memerlukan kita memiliki ilmu-ilmu dan maklumat yg khusus mengenai asal usul agama dan penyelewengan mereka.
2. Takrif dosa dan pahala dalam Islam dan Kristian tidak banyak bedzanya: Dosa ialah melakukan sesuatu yg dilarang atau meninggalkan sesuatu yg diperintah. Cuma konsep dosa waris dalam agama Kristian itu adalah termasuk antara ajaran2 dasar Kristianity, (yg lain, misalnya konsep Trinity dan Jesus sebagai anak Tuhan.
3. Konsep dosa yg diwarisi yg menjadi ajaran teras dlm agama mereka ialah dosa yg asal (Original Sin) yg dilakukan oleh moyang manusia (Adam & Eve), maka dosa mereka berdua yg memakan pohon terlarang dan menghapuskan sifat abadi manusia itulah yg dinamakan dosa yg diwarisi kepada anak cucu Adam. Manakala dlm ajaran Islam pula tidak mewarisi dosa Adam dan hawa, sebab mereka telah bertaubat dan kesalahan itu telah selesai. Maka oleh kerana Islam adalah versi terbaru ajaran samawi, maka metos dosa warisan Tok Adam itu adalah suatu pembohongan yg besar.
4. Islam pula menerima konsep dosa yg dikongsi bersama, jika dosa itu dilakukan secara meluas dan merata dan tidak ada usaha yg mencegahnya, maka azab dan bala itu menimpa semua orang dalam masyarakat itu. Ini yg berlaku kepada kaum Lut, kaum Nuh, Kaum Musa, dll. Oleh kerana dosa dan kejahatan sebahagian besar mereka, maka seluruh umat itu dipalitkan azab oleh Allah swt. Sebab itu dalam Islam ada dasar amar makruf dan nahy mungkar (menyuruh yg baik2 dan mencegah kejahatan) Hudud dilaksanakan tujuannya supaya dosa dan maksiat ini sentiasa terkawal. Jadi konsep dosa yg diwarisi (original sin) dan dosa yg terkena kepada semua orang ini tidak sama maksud dan konsepnya. Ruj: Dr Ahmad Zidane, Christianity : Myth or Message.