Assalamu'alaikum
1. Apakah amalan yang sebaik2nya dilakukan oleh org perempuan di dalam keadaan tidak suci seperti haid & nifas.
2. Saya ada terdengar ada org mengatakan bila kita berzikir sebaiknya dilafazkan sedangkan bila berdoa lebih baik di dalam hati sahaja. Di katakan berdo'a lebih baik di dalam hati itu kerana, setiap apa yang kita ucapkan di dalam hati tidak dapat didengar oleh syaitan, doa di dalam hati itu hanya antara kita dgn Allah sahaja. Betulkah pendapat itu. Harap ustaz dapat perjelaskan dgn nas-nas yg sahih jika ada.
3. Berdoa ketika sujud terakhir dalam solat 5 waktu, dikatakan paling elok. Betulkah pendapat itu, harap dapat dihuraikan. Bagaimana kalau terlalu lama berdoa sewaktu sujud itu, tidak kah membatalkan solat?
4. Seorang isteri yang telah bercerai dan masih di dalam tempoh iddah, masih sayang dan ingin rujuk kembali dengan suaminya. Dia yakin bahawa masih ada lagi jalan untuk mereka berbaik semula, sedangkan si suami tetap berdegil. Adakah dibolehkan untuk dia berdoa dan bersolat hajat meminta utk rujuk kembali, sedangkan setiap perkara yg terjadi itu dengan kehendak Allah. Tidak kah seolah2 dia cuba melawan takdir Allah. Apakah sebaik2 doa yang patut dibaca di dalam hal ini. Minta ustaz huraikan.
4. Melakukan persetubuhan dgn suami sewaktu di dalam iddah.. adakah dikira berzina @ di kira telah rujuk kembali?
5. Apakah yang dikatakan takdir yang tidak boleh di ubah dan takdir yang boleh diubah?
Harap pertolongan ustaz. Terima kasih.
Jawab:
Emm. banyak sekali soalan yg dikemukakan secara sekali gus. Kita syorkan jiika ingin jawapan yg lebih padat, kemukakan satu soalan shj per entry. Wbmnp kita melayan semua persoalan sebaik mungkin InsyaALlah.
1. Amalan terbaik wanita semasa haidh. Jawabnya: tidak ada. Ini kerana haidh itu sesuatu yg rutin dan perempuan berada dalam keadaan "aza" sebagaimana dalam ayat berikut: (AQ: 2: 222 yg bermaksud, "Mereka bertanyakan kamu akan haidh. Katakanlah:"Haidh itu suatu aza (kotoran). Mufassir (ahli tafsir AQ) menurut kitab Fiqh alWaadhih, menjelaskan maksud 'aza" itu bukan sahaja kotoran, tapi wanita berada dalam keadaan lemah, tekanan emosi atau uzur baik secara fizikal atau spiritualnya. Maka terimalah kerihatan haidh dari sisi Allah swt. (Fiqh alWaadhih)
2. Kata-kata manusia boleh diterima dan ditolak. Jika pendapatnya berdasarkan nas yg kuat, maka ia boleh diterima. Pendapat yg rajih (paling tepat) ialah do'a dan zikir hendaklah digabungkan sebutan lisan dan hatinya hadhir. Namun tidak salah jika dia ingin berzikir atau berdo'a dalam hati sahaja. Sebutan lisan ini hendaklah mengikut panduan alQur'an dan sunnah Nabi saw. Misalnya kita lihat ayat-ayat berikut:
AQ 7: 55 (berdu'alah kepada Tuhanmu dgn tadharru' dan khufyah)
Takrifan tadharru': khusyu'/hadhir hati dan tenang
khufyah- nada rendah (low volume)
AQ 17:10 (..dan janganlah kamu jaharkan (keraskan) suara kamu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkan (sangat), dan carilah jalan pertengahan)
AQ: 2:186 (dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya akan Daku, maka bahawasanya Aku adalah dekat)
dari ayat-ayat itu sah bahawa zikir dan du'a digabungkan dengan lafaz lisan dan hadhir hati. Sebutan lisan itu pula diungkapkan dengan nada yg sederhana (antara jahar dan terlalu perlahan). Dakwaan bahawa Syaitan mendengan do'a sekiranya dilafazkan adalah suatu logik yg tertolak kerana syaitan tidak dapat menghalang lafaz-lafaz do'a dan zikir. Jika dakwaan ini benar, sudah tentu Nabi akan memberi amaran pada umatnya akan bahaya ini. (Prof Hasbi Siddiqiey, Pedoman Do'a dan Zikir; Syaikh Ali Mahfudz, alIbda')
3. Berdo'a ketika sujud itu bukanlah yg paling elok, cuma mengikut hadis versi Muslim, Abu Daud dan anNasa'iy dari Abu Hurairah hanya menyebut," sedekat-sedekat seorang hamba kepada Allah ialah pada sa'at dia sujud, kerana itu perbanyakkan do'a ketika itu."
Mengikut ahli tahqeeq, janganlah hanya beramal dgn hadis ini sahaja sedangkan banyak lagi waktu lain untuk berdo'a, misalnya selepas solat, pada waktu selepas solat tahajjud, dipenghujung malam, ketika turun hujan, dsbnya. Berdo'a lama dalam sujud tidak menjadi hal jika anda solat sendirian, tapi tidak boleh jika mengikut Imam atau menjadi Imam (Prof Hasbi, ibid)
4. Itulah hikmahnya Allah syari'atkan waktu Iddah. Ia suatu period untuk pasangan itu mengkaji semula, apakah masih ada peluang bersatu kembali atau putus terus. Kenapa tidak boleh berdo'a dan solat hajat, bahkan anda hendaklah melakukan apa saja demi membina semula keluarga anda (terutama jika sudah ada zuriat), boleh saja dilibatkan pihak ketiga (utk merundingkan syarat dan terma yg baru). Dalam masalah ini tidak boleh diserahkan kepada takdir kerana manusia masih diberi peluang berusaha atas hukum asbab dan akibat. Mengenai do'a yg khusus untuk menyatukan kembali perkahwinan ini boleh didapati dalam AQ, antaranya alFurqan: 75; alAhqaf:15. Koleksi do'a ini banyak dalam alAzkar lilNawawi, masnad Zawaid oleh alBazzar, kalim atToyib oleh Syaikhul Islam, atau yg paling mudah amalkan zikir dan do'a alMakthurat susunan Imam Hasan (inilah koleksi zikir dan do'a yg paling popular di kalangan angkatan baru muslim)
5. Isteri yg masih dalam iddah halal disetubuhi hanya dengan melafazkan kalimah ruju' sahaja. Bukannya susah, tidak perlu saksi dan mahar. Ini perlu diketahui dan selaluinya di ajar semasa kursus perkahwinan. Jika jima' juga, maka haramlah di sisi madzhab Syafi'iy dan boleh dikenakan hukum takzir (kesalahan zina dalam iddah). Rujuk mesti dilakukan di pejabat pendaftar nikah dan hendaklah didaftarkan, baru boleh meneruskan hidup suami-isteri secara resmi. Prof Mahmud Zuhdi, Undang2 keluarga Islam Malaysia; Mughny Muhtaj 3/313
Harus pula disisi madzhab Hanafi kerana jima' itu adalah rujuk secara otomatik. (Fiqh Islami wa adillatuh, Vol 7, edisi DBP)
5. Iman kepada takdir memerlukan siri kuliah yg lengkap. Kita syorkan memiliki kitab Prof Dr al_Imam Yusof (Abdallah) alQardhawi dari Qatar, judul, 'Iman bil Qadr' kerana huraian dan approachnya yg simple dan mudah sekali difahami.
Menjawab secara ringkas:
apakah yg tidak berubah?
Sudah tentu urusan dan perjalanan galaksi dan planet, peredaran bintang, pertukaran malam dan siang, musim, kemarau dan banjir, gerakgempa bumi, semuanya sudah ditentukan dan tidak berubah: AQ Yassin: 37
Juga yg tidak berubah ialah apa yg terjadi pada manusia secara fitrah: jantina, bangsa, etnik, warna kulit, saiznya, IQ.
Apa pula yg bisa berubah?
Apa jua yg Allah beri ruang untuk manusia memilih: cth
- beriman atau kufur
- sebab dan akibat (sakit dan doktor, rajin membaca dan lulus cemerlang; bertani tekun dan hasil pertanian yang lumayan; senjata canggih dan menang dlm peperangan, bisness yg baik dan untung yg besar)
- amal soleh, siapa usaha lebih dia dapat, siapa malas beramal, maka dia tidak dapat pahala malah akan disiksa (lihat AQ: alLail: 5-10
- rezki: Allah memberi pilihan dan peluang untuk manusia samada utk mencari rezki atau hidup miskin; lihat adDzaariyat: 58; alMulk: 15; al Jumu'ah: 10
- ajal, walaupun suratannya sudah ditetapkan, tapi pilihan masih diberi samada untuk memendekkan atau memanjangkan ajal itu. Dalil: hadis Anas (Syaikhan)," sesiapa yg ingin murah rezki dan panjang umur, maka sambunglah silatur rahim." (petikan Iman bil Qadr lil Qardhawi)
ALlahu a'alam