SJ-1801: [U] soal pilih madzhab

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1801: [U] soal pilih madzhab

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, semasa berada diUK saya mula belajar dan memahami perbezaan mazhab dari segi hukum feqh. Perbezaan ini pada pendapat saya mempunyai kekuatan tertentu supaya kita tidak jumud memegang satu2 mazhab.

Soalan saya:
1. Macamana kita nak balancekan pilihan sesuatu hukum itu dgn kesesuaian se tempat. Cthnya diUK mungkin ulamak yg lebih arif adalah dr mazhab Hanafi. Adakah kita dibenarkan lompat mazhab jika kita punyai kefahaman atas nas dan sandaran atas sesuatu hukum tersebut?
2. Adakah menjadi kesalahan jika kita mengambil pandangan yg ringan cthnya dlm soal jamak, ada pendapat rasanya Imam Zaidiyyah (tak sure) yg membolehkan jamak walaupun kita travel dalam jarak yg dekat. mungkin keadaan musafir di UK dgn kesukaran mencari masjid dan musim yg bebeza beza menjadikan hukum sebegini lebih praktikal. Soalnya adakah salah memilih ijtihad, mungkin ringan, ini pada keadaan tertentu. Jazakallah

Re: SJ-1801: [U] soal pilih madzhab


[U] = pelajaran ulangan
Jawab:
Kami sebenarnya merasa gembira bila ada saudara-saudara kita yg berpeluang merentasi sempadan, batas geografi atau iklim bumi, akhirnya terbuka minda dan persepsi mereka dalam urusan keagamaan terutamanya mengenai isu fiqh, secara khusus dalam bab madzhab dan mengikut Imam. Apabila kita berada di bumi yg neutral spt UK, EC dan USA, maka itulah keadaan yg ideal dan itulah keadaan asal Islam pada lingkungan 300 tahun yg pertama, bahawa madzhab itu tidak ujud sebagai mana hari ini. Ini kerana madzhab itu suatu sempadan atau boundary yg ujud kerana realiti tertentu dan ia bersifat mendatang atau jadid (baru). Cara yg asli ialah belajar dan bertanya. Madzhab itu muncul kerana ledakan revolusi ilmu dan maklumat di zaman silam yg semacam tidak terkawal, maka bagi menjamin keselamatan orang awam, Imam Mujtahid menyusun ilmu-ilmu itu menjadi disiplin yg akhirnya diberi jenama-jenama, misalnya Syafi'iyah, Hanbaliah, Malikiah, Zahiriah, Ibn Taymiyah, salafiyah, Hanafiah, dsbnya. Apabila kebimbangan itu sudah reda, maka hari ini gerbang ilmu dan maklumat itu sudah dibuka semula dan anak-anak muda yg mendapat pendidikan seberang laut terutama dari alAzhar, Damsyik, Medinah dan Mekah sudah kembali aktif menghidupkan ajaran Islam yg silam yakni manhaj salaf assoleh, aliran fiqh tanpa madzhab dengan maksud bukan mencela atau menafikan Imam-Imam madzhab yg berjasa, maka dgn intro ringkas ini, kita menjawab soalan anda:
1. Bila anda berada di UK, pilihlah fiqh dan fuqaha' yg sesuai dengan keadaan di sana kerana fiqih itu dinamik dan berubah mengikut tempat, masa dan ahli fatwa. Jika fuqaha' di UK banyak dari madzhab Hanafi, maka ambillah pendapat mereka. Ini kerana Hanafi adalah salah satu madzhab empat yg muktabar. Cuba fokuskan pada sandaran/dalil mereka bukan kepada madzhab mereka.
2. Adapun memilih pendapat yg ringan (dalm fiqh) itu ada dua maksud:
Pertama: ringan itu kerana seseorang itu dari jenis yg sukakan yg mudah-mudah dalam agama dan yg ringan itu disandarkan pd dalil yg lemah atau hadis yg dha'ef. Jika keringanan ini disandarkan pada dalil yg lemah atau hadis dha'ef bahkan mungkar sedangkan ada pendapat lain yg disandarkan pada dalil yg kuat atau hadis hasan atau sahih, maka ini talfiq (memilih yg ringan2) yg dilarang.
kedua: jika pendapat yg ringan itu disokong oleh dalil yg kuat, menyamai pendapat yg keras juga disokong oleh dalil yg kuat, maka orang awam digalakkan mengambil yg ringan dan mudah sesuai dengan intipati Islam itu mudah dan tidak mempersukar. Ini talfiq yg harus (Prof Hasbi Siddiqiey, Pengantar Ilmu Fiqih, Pustaka Rizki Putra, Semarang.) WaLlahu a'alam