SJ-2001: Ruj SJ 1999 (2) - Qardhul Hasan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2001: Ruj SJ 1999 (2) - Qardhul Hasan

Assalamu'alaikum!

Mengenai SJ 1999, ustaz THTL menyatakan bahawa Pinjaman peribadi dalam Islam dinamakan Qardhul Hasan. Soalan saya:

1) Bagaimanakah atau apakah kaifiat Qardhul Hasan ini dijalankan.

2) Apakah cadangan terbaik dari Ustaz untuk org yg betul2 memerlukan bantuan kewangan untuk tujuan perniagaan dsb, tanpa terjerumus dalam perkara-perkara haram (riba') dan perkara-perkara syubhat? Bagaimana boleh dia mendapatkan dana tersebut? Jazakallah!

Re: SJ-2001: Ruj SJ 1999 (2) - Qardhul Hasan


Jwb:
1. Qardhul Hasan ini ialah tatacara berhutang dalam Islam: hutang itu ditulis, ada saksi dan tempoh bila hutang itu akan dibayar. Zaman dulu boleh membuat pinjaman dgn Baitul Mal walaupun utk membiayai perkahwinan, sekarang dinamakan arRahn (pajak gadai Islam) dgn mana-mana institusi yg menawarkan skim hutang secara pajak gadai.
2. Modal permulaan untuk bisnes. Ini panjang cerita. Bisnes yg terbaik dimulakan dengan dana simpanan sendiri. Bila bisnes itu ada track reecord kemajuan barulah anda boleh memikirkan pinjaman dari Tabung Usahawan yg disediakan oleh kerajaan. Jika dah maju barulah boleh memohon pakej pembiayaan bank- bank dalam bentuk almudharabah (perkongsian untung-rugi) untuk mengembangkan lagi bisness itu. Jika kita baru nak mula bisnes dah nak berhutang atau pinjam bank, maka ia sukar sekali akan dilayan. Cerita bagaimana En Ramli Mokni yg memulakan bisnes RamlY Burger hanya bermodalkan RM 6000 dari berhutang dgn keluarganya setelah dia gagal mendapat pinjaman MARA untuk memulakan bisnessnya. WaLlahu a'alam