SJ-2123: Ucapan Hari raya Non-Muslim

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2123: Ucapan Hari raya Non-Muslim

:salam

Bagaimana cara terbaik utk memberi ucapan kepada orang bukan Islam tentang hari raya mereka utk mengelakkan kita terkeluar akidah. :wassalam

Re: SJ-2123: Ucapan Hari raya Non-Muslim

:wassalam
Jawab:
Fuqaha' Syafi'iy spt alMutawalli dan alRafi'iy (Prof Mat Sa'ad Abd Rahman, Fiqh Semasa, Hizbi, 1988) membolehkan kita mengucapkan ungkapan selain ucapan salam " assalamulaykum" kepada non-muslim jika ada maslahat atau keperluan untuk berbuat demikian.
Inilah juga pendapat Ibn Abbas yang juga merupakan pendapat Qadhi 'Iyadh, alQamah dan alAuza'iy (Subulus Salam 4/155).

Fuqaha' yg menegahnya ialah Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (majmu Fatawa), Ibn Qayyim (Ahkam Ahl Zimmah), Lajnah Daimah Kerajaan Arab Saudi, Imam Nawawi, dll. Dalilnya HR Muslim dan Abu Daud dari Abi Hurairah ra," Janganlah anda memulakan salam kepada orang Yahudi da n Nasrani..jika kamu jumpa mereka di jalanan, himpitlah mereka ke tepi jalan"

Fatwa terkini:
Prof Dr al_Imam Abu Abdallah Yusof alQaradawi, Fiqh Mu'asirat, edisi 2001), Prof Ahmad Syurbasyi (Yas-aluunak) dan M Qurashi Shihab (Harian Republika, ruangan Dialog Juma'at, Jakarta, 1999- kolum soaljawab agama berasaskan Fiqh alMuqarran) menjelaskan larangan memberi salam/ucapselamat kepada non-muslim khususnya kepada Yahudi dan Nasara di zaman Nabi saw ialah kerana suasana hostilitiy (permusuhan) mereka terhadap umat Islam ketika itu. Maka apabila suasana permusuhan itu sudah hilang ia kembali pada ayat umum: alMumtahinah: 8

Apakah dgn mengucapkan selamat hari natal akan merusakkan akidah?
Tidak, jika kita melihat ayat2 dalam surah Maryam. Isa AS sendiri yg menyambut kelahirannya," Isa berkata ketika kelahirannya (birthdaynya),"salam sejahtera ke atasku, ketika aku diputerakan, pada hari aku wafat dan pada hari aku dibangkitkan." (AQ 19: 33)
Ucapan selamat hari natal tidak akan menggugat akidah jika kita tahu status Isa AS, lihat ayat 30 surah Maryam (Berkata Isa: "sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberi daku alKitab dan menjadikan aku seorang Nabi."
Jadi jika terpaksa mengucapkan semalat hari natal kerana ada maslahat tertentu, maka kita kaitkan status Isa dengan ayat 30 dan 33 dari surah Maryam. WA

Jadi jika terpaksa mengucapkan selamat hari natal kerana ada maslahat tertentu, maka kita kaitkan status Isa dengan ayat 30 dan 33 dari surah Maryam. WA