Assalamualaikum Wmt Wkt Ahli-Ahli Panel
1.Adakah dibenarkan bagi seorang penjual ayam Muslim menjual ayam yang tidak disembelih menurut syara` kepada bukan non muslim
2. Adakah benar menurut pendapat mazhab Syafie, binatang yang ditembak tidak halal dimakan
3.Jika ketika menembelih ayam, saya terangkat pisau dari leher ayam dan kemudiannya saya menyambung semula sembelih, adakah ayam itu sah dimakan
4.Apakah hukum makan ayam yang disembelih menggunakan laser. [Wassalam]
:wassalam
Jwb:
1. Tidak dibenarkan. Dalil2nya:
a. HR Muslim dari Ibn Abbas ra," [Sabda Nabi saw] Janganlah kamu jadikan sesuatu yg mempunyai ruh sebagai sasaran." [Subulus Salam]
b. HR Muslim dari Jabir ra," RasuluLlah saw melarang pembunuhan sesuatu binatang dgn aniaya." [Subulus Salam]
c. HR Muslim dari Syidad ra," [sabda] ..apabila kamu menyembelih, perbaikilah sembelihan kamu."
Adapun hikmah [kebaikan] sembelihan ialah"
a. kebanyakan agama selain Islam pun tahu membedzakan bangkai dan sembelihan
b. syari'at Islam yg tinggii menetapkan darah adalah najis (najis buruk bagi semua manusia)
c. Dasar diskriminasi ini tidak berlaku dalam Islam. Fiqh alManhaji.
2. Benar, bahkan jumhur ulama' klasik kerana mereka menganggap apa jua senjata yg tumpul tidak sah sebagai alat untuk melukai binatang. pendapat Syafi'iyah ini sudah diperbetulkan oleh kitab2 Syafi'iyah yg mutaakhirin spt Fiqh alManhaji (Dr alBugho). Dalil yg digunakan membuktikan Halalnya memakan binatang buruan yg ditembak dgn senapang:
alBukhari (#2356), Muslim (# 1968) " apa yg mengalirkan darah dan disebut nama Allah padanya, maka makanlah ia."
Pengarang kitab Subulus Salam, Nailool Author dan Raudha nadiah setelah membuah tahqeeqan (analisa dalil) menetapkan binatang yg ditembak boleh/halal dimakan.
3. Sembelihan itu sah.
Dalilnya: Firman Allah SWT, " ...kecuali yg SEMPAT kamu menyembelihnya.." (terjemah: AQ:5: 3) Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah
4. Alat utk menyembelih itu harus semuanya asalkan ia dapat mengalirkan darah dan memenuhi syarat sembelihan (ketajaman, kepantasan, putus halkum, urat darah, dsbnya). Jika Laser itu memenuhi syarat itu, maka boleh saja. Dalil: HR Muslim dari Rafi'iy bin Khudaij ra" apa saja yg dapat mengalir darah dan disebut nama Allah padanya, maka makanlah kecuali gigi dan kuku." WA