SJ - 2450 : SEJAUH MANAKAH KEKUFURAN SYIAH & AURAT KAKAK

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
SJ - 2450 : SEJAUH MANAKAH KEKUFURAN SYIAH & AURAT KAKAK

:salam

Berikut ini adalah salah-satu drp soalan yang " tersalah masuk " ke dalam peti e-mel peribadi saya .

Saya paste soalan itu ke sini agar ianya dapat dimanfaatkan bersama oleh seluruh muslimin - muslimat .

Mudah-mudahan selepas ini tiada soalan-soalan agama yang akan masuk ke dalam peti e-mel saya lagi :p

Saya amat bersyukur kepada Allah Ta'ala dan berterima kasih sangat-sangat kepada al-Fadhil Ust thtl ataupun al-Fadhil Tuan Haji Kamin jika menjawab terlebih dahulu soalan berikut ini , sebab nampaknya saya masih belum sempat menjawabnya sekarang .

*******************************
assalamualaikum...ya akhi...ana nak tanya 2 soalan lah

1) Mengenai syiah...sejauh manakah Golongan Syiah ini keluar daripada garisan yang telah ditetapkan oleh islam,dan sepertimana di Iran adakah mereka ini terkeluar daripada garis islam serta bagaimana status
mereka..kufur atau tidak.

2)Bagaimana batasan aurat diantara kakak ipar / adik ipar....dan mestikah mereka memakai tudung apabila bersama dengan mereka.

Re: SJ - 2450 : SEJAUH MANAKAH KEKUFURAN SYIAH & AURAT K


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2450 : SEJAUH MANAKAH KEKUFURAN SYIAH & AURAT KAKAK IPAR

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara Mohd Suffian yang mengajukan soalan kepada saya melalui e-mel peribadi saya . Saya harap jika saudara ada sebarang kemusykilan agama , silalah bertanya terus kepada al-Ahkam Online ( Ruangan Kemukakan Soalan Fiqh ) . Saya sendiri lebih suka menjawab sebarang persoalan agama melalui al-Ahkam Online memandangkan manfaatnya lebih besar dan boleh diikuti jawapannya oleh semua pengunjung .

Dan nampaknya saya sendiri kena menjawab soalan ini demi meringankan tugas-tugas al-Fadhil Ust thtl dan al-Fadhil Tuan Hj Kamin . :smirk:

Saya akan menjawabnya secara ringkas sahaja memandangkan kedua-dua topik yang diutarakan oleh saudara itu sebenarnya sudah ada di dalam al-Ahkam Online ini .

Masalah Pertama :

1) Mengenai syiah...sejauh manakah Golongan Syiah ini keluar daripada garisan yang telah ditetapkan oleh islam,dan sepertimana di Iran adakah mereka ini terkeluar daripada garis islam serta bagaimana status
mereka..kufur atau tidak.

Jawapannya :

Syiah sendiri mempunyai banyak pecahannya , sehinggakan 300 pecahan . Namun yang masyhur kini tidaklah lebih melainkan Syiah Imamiah ( Itsna ‘Asyariah @ Ja’afariyah ) yang berkembang pesat di Iran dan kawasan sekitarnya .

Syiah Isma’iliyah ( Aga Khan ) pula masyhur dan berkembang di Benua Kecil India .

Syi’ah Zaidiyah pula berkembang sebelum ini di Yaman , namun menurut kajian semasa , Syiah Zaidiyah ini sudah tiada lagi ataupun hampir tiada .

Syiah Nusoiriah pula berkembang di Syiria . Dinamakan juga sebagai “ Batiniyyah “ kerana “ sebulu “ dengan fahaman itu . Presiden Syiria dahulu ( Hafiz al-Asad ) adalah penganut mazhab ini selain drp menganut sosialisme dan fahaman Batiniyyah .

Syiah Fatimiyyah dahulu berkembang di Utara Benua Afrika sehingga melahirkan sebuah universiti yang dikenali sekarang dengan nama “ Universiti al-Azhar asy-Syarif “ . Namun Syiah ini pun sudah tiada lagi walaupun di Masjid Saidina Hussein r.a ( berhadapan dengan Masjid Besar Al-Azhar ) masih terdapat manusia yang beribadat seperti puak Syiah ataupun terdapatnya beberapa kelompok Syiah yang datang menziarahi maqam Saidina Hussein r.a di situ ( biasanya golongan Syiah ini adalah para pelancong drp India-Pakistan dan luar negara ) .

Itulah secara ringkasnya .

Semua fahaman Syiah di atas ( kecuali Zaidiyah dan kebetulan pula mazhab Zaidiyah ini sudah tiada @ hampir tiada ) adalah mempunyai fahaman-fahaman yang sesat , melampau dan kufur .

Kesemua kesesatan dan sikap melampau yang mereka anut itu menyebabkan mereka layak digelar sebagai SYIAH GHULUW dan juga SYIAH ar-RAFIDHAH .

Kesesatan mereka tidak dapat dinafikan dan disembunyikan lagi . Silalah BROWSE ataupun SEARCH dengan menggunakan kata kunci SYIAH ataupun SYI’AH untuk mengetahui apakah isi-isi ajaran Syiah itu ! .

Adapun cara kita berinteraksi ( mu’amalah ) dengan mereka ialah sebagai mana telah dinyatakan di bawah ini :

SJ - 2070 : MENGENALI ALIRAN AKTIVIS & HUKUM SEMBELIHAN SYIAH
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=9050

SJ – 2170 : HUKUM BERSEMBAHYANG DI DALAM MASJID SYIAH ( IRAN )
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=9825

Dan kalau ingin tahu pula mengenai kesesatan Syiah Imamiah Itsna ‘Asyariah yang berkembang pesat di Iran serta kedurjanaan Syiah yang dianut oleh Khomeini , sila lihat jawapan kami mengenainya di bawah ini :

SJ - 1844 : PARA SAHABAT R.A YANG DIJANJIKAN SYURGA & KELEBIHAN SAIDINA ALI (R.A)
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8035

SJ - 2116 : ABDULLAH BIN SABA' , PERSELISIHAN PARA SAHABAT ( R.A ) , SIKAP AHLUS SUNNAH DAN SYI'AH
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=9353

SJ – 2370 : SESATKAH SYIAH & KHOMEINISME ?
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=11370

Masalah Kedua :

2) Bagaimana batasan aurat diantara kakak ipar / adik ipar....dan mestikah mereka memakai tudung apabila bersama dengan mereka.

Jawapannya :

Ya , kakak ipar itu mestilah menutup aurat di hadapan ipar-duainya drp golongan lelaki . Menutup aurat di sini ialah menutup kepala , dada , tidak memperlihatkan bentuk-bentuk tubuh badan dan sebagainya .

Namun kakak ipar itu dibenarkan menyingsing lengan dan tidak berstokin dengan tujuan untuk memudahkan dia melakukan kerja-kerja di dalam rumah ( khasnya di dapur ) .

Cuba lihat penjelasan mengenai hal tersebut di dalam :

SJ – 2449 : AURAT WANITA DI HADAPAN IPARNYA YANG BERLAINAN JANTINA
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=11841

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
19 / Safar / 1424 H
21 / April / 2003 M

ISNIN – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum