SJ-2504: haid

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2504: haid

Assalamualaikum Wmt Wkt Ahli Panel dirahmati Allah

1.Seorang wanita yang haidnya biasa 7,8 hari, tetapi selepas bersalin pada hari ke 9 ada cecair warna kuning adakah ini bukan haid

2.Wanita yang haidnya 7,8 hari tetapi pada hari 9 darah masih keluar bewarna hitam atau merah...apa yang patut dilakukan. Jzkmllh Wassalam

Re: SJ-2504: haid

:wassalam

Jawab:

1. Tidak ada haidh pada wanita lepas bersalin. Wanita itu berada dlm period darah nifas.

2. Ia masih darah haidh kerana tempoh maksima ialah 15 hari (Fiqh Syafi'iy). (alMughny, 1/204-210) WA