Assalamualaikum, Ustaz ustaz Al-Ahkam,
Ana ada beberapa persoalan yang memuskilkan diri ana ini …. Harap panduan dan tunjuk ajar kalian semua akan lebih memantapkan lagi penyerahan ana kepadaNYA.
:martialarSoalannya:-
1. Ana solat sendirian di masjid (waktu solat hampir dipenghujung) … ketika berzikir/berdoa (selepas selesai solat) azan pun berkumandang menandakan masuknya waktu sembanyang berikutnya. Apakah ana harus lakukan …. meneruskan zikir/doa ana atau berhenti dan menyambungnya semula apabila selesai azan? Setahu ana … kita tidak digalakkan berkata kata/bersembang ketika azan.
2. Dalam solat berjemaah …. Ketika mengerakkan jari di tahiyat awal dan akhir, apakah kita harus menunggu imam bertakbir untuk bangun kerakaat seterusnya (ditahiyat awal) atau imam memberi salam pertama selesai solat …. Barulah kita berhenti menggerakkan jari?
Atau selesai sahaja membaca tahiyat awal/akhir maka kita dibolehkan berhenti menggerakkan jari tanpa perlu menunggu bacaan imam seterusnya?
Terima kasih. :z
Wa'alaikumussalam.
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr kendil_bolong dengan kadar kemampuan yang ada, dan semoga natijahnya akan memantapkan lagi penyerahan kita kepada Allah swt, Insyaallah.
a. Berzikir atau berkata-kata semasa azan berkumandang
(1) Benar sdr kendil_bolong, adalah disunatkan kita berhenti membaca Al-Quran atau berzikir ketika Azan dikumandangkan. Berkata Imam Nawawi didalam Majmu' Al-Fatawa (22/72)[1] :
Kita disunnatkan menjawab balik perkataan muazzin dan melakukan selawat keatas Nabi (sebagaimana do'a selepas azan). Setelah selesai Azan (contohnya Azan Maghrib), maka bolehlah kita meneruskan membaca zikir yang berbaki tadi.
(2) Mengenai bersembang hal dunia dimasjid, Al-Hakim meriwayatkan didalam al-Mustadrak (4/359)bahawa Anas bin Malik berkata :
Maka eloklah kita menghindarkan diri kita dari bersembang atau bercakap-cakap mengenai perkara-perkara duniawi didalam masjid, Insyaallah.
b. Pergerakan jari dimasa tashahhud.
Adalah menjadi sunnah mengerakkan jari telunjuk ketika tashahhud sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ahmad (18890) dan Al-Nassa'i dari Waa’il ibn Hajar bagai beliau melihat Nabi saw :
"Kemudian menaikkan jari telunjuk dan Aku melihat beliau mengerakkannya dan melakukan do'a dengannya" - Hadith dikelaskan sebagai Sahih oleh Al-Albani didalam Sahih Al-Nassai'.
Sheikh Nasyiruddin Al-Albani didalam Talkhees Sifat Solaat al-Nabi saw (Ringkasan Sifat Solat Nabi) menjelaskan bahawa adalah sunnah mengerakkan jari ketika berdo'a dari awal Tashahhud hinggalah keakhirnya.
Bagi memudahkan untuk mengikuti perbuatan ini, kami ringkaskan kaedah yang telah dinyatakan oleh Ibnu Utsaimin didalam buku al-Sharh al-Mumti’[3]. Individu haruslah : Pada setiap kali berdo'a hendaklah menggerakan jari telunjuknya keatas sebegai contoh:
"Al-salaamu ‘alaika ayyuha’l-Nabiyyu" [="#800000" size="3"](ÇáÓáÇã Úáíß ÃíåÇ ÇáäÈí) – anda harus menunjukkan jari ketika membaca ini kerana 'salam' adalah sebahagian dari do'a.
"Al-salaamu ‘alaina" [="#800000" size="3"](ÇáÓáÇã ÚáíäÇ) – tunjukkan jari anda.
"Allaahumma salli ‘ala Muhammad" [="#800000" size="3"](Çááåã Õá Úáì ãÍãÏ) – tunjukan jari anda.
"Allaahumma baarik ‘ala Muhammad" [="#800000" size="3"](Çááåã ÈÇÑß Úáì ãÍãÏ) – tunjukkan jari anda.
"A’uuzhu Billaaih min ‘adhaaib Jahannam" [="#800000" size="3"](ÃÚæÐ ÈÇááå ãä ÚÐÇÈ Ìåäã)– tunjukkan jari anda.
(ertinya: Aku memohon perlindungan Allah dari Azab Neraka)
"Wa min ‘azhaab il-qabr" [="#800000" size="3"](æãä ÚÐÇÈ ÇáÞÈÑ) – tunjukkan jari anda.
(ertinya: dan dari azab kubur)
"Wa min fitnat il-mahyaa wa’l-mamaat" [="#800000" size="3"](æãä ÝÊäÉ ÇáãÍíÇ æÇáããÇÊ) – tunjukkan jari anda.
(ertinya: dan dari fitnah hidup dan mati)
"Wa min fitnat il-masiih il-dajjaal" [="#800000" size="3"](æãä ÝÊäÉ ÇáãÓíÍ ÇáÏÌÇá ) – tunjukkan jari anda.
(ertinya: dan dari Fitnah Dajjaal)
Maka setiap kali anda melakukan do'a, naikkan jari anda. Kaedah ini lebih hampir kepada sunnah.
wallahu 'alam
-wassalam-
Rujukan:
1. Muhammad Sideq Al-Minshawi. Akhthaa'u Al-Mushollin. Kaherah : Dar Al-Fadhiilah, 1996.ms. 52
2. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Talkhees Sifat Solaat al-Nabi saw. url : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=pelbagai&Number=10647&page=0&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1
3. Sheikh Muhammad ibn Utsaimin. al-Sharh al-Mumti’ - 3. Riyad : Muasasah Al-Risalah, 2002, ms 202.
خيرالأمين