SJ - 2737: Terjadinya Qiyamat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2737: Terjadinya Qiyamat

Saya ada terbaca sebuah hadis Sahih Muslim “Tidak akan terjadi kiamat selagi di bumi masih ada yg menyebut Allah, Allah”…..boleh ustaz tolong huraikan maksud hadis tu…?
Wa

Re: SJ - 2737: Terjadinya Qiyamat

Jawab:
Kenapa tidak sahaja memiliki kitab2 yg membicarakan "Tanda-Tanda Qiamat" atau "tanda2 akhir Zaman". Ia antara kitab2 yg popular dalam pasaran, terutama kemunculan Dajjal, turunnya Isa, dan lahirnya alMahdi alMuntazar. Antara yg saya lihat dalam pasaran yg sudah diterjemah ialah karya Ibn Kathir, alamat asSa'at (tanda2 hari akhir)
Hadis yg anda sebutkan itu adalah antara tanda2 Besar Qiamat yg sedang berlangsung. Hadis itu dikeluarkan oleh Imam Muslim dari Anas ra," Tidak akan berlaku Qiamat selagi mana bumi ini masih ada yg mengingati Allah." (Misykat, 3/50, #5516)
Komentar Dr Qardhawi (Fatawa, Jld 2), hadis2 yg dimulakan dgn Tidak akan berlaku Qiamat ini ada dalam sekitar 25 hadis. Mengenai tafsiran dan takweelannya itu terpulanglah, maksudnya kita nak tafsir pun boleh, tak mahu tahu pun tak apa, sebab kita tidak diberi maklumat yg jelas mengenainya, maka kita terima seadanya pun tidak mengapa. Antara tafsiran yg popular ialah bila kebenaran atau Islam itu ditolak oleh manusia. dengan kata lain, kejahatan telah merata secara global. WA