:salam
Al Fadhil Ustaz Kamin ada menjelaskan bab hakcipta ini dlm jawapan soal jawab agama sblm ini. Saya ada sedikit kemusykilan :
1. Kawan saya mempunyai CD pengajian/ceramah/forum yg berkaitan dgn agama Islam. Bolehkah saya 'copy' CD tersebut utk simpanan peribadi dan utk rujukan, saya pernah copy CD dan isinya amat bagus. Penceramahnya adalah Ustaz Rasul Dahri dan Dr. Yassin kalau tak silap saya,terbitan/edaran salafi (Ahli Sunnah Waljamaah & Bidaah Hasanah?). Agak susah juga utk mendapatkan CD tersebut di Perak ni. Bagaimana dgn CD yg telah pun kita copy perlukah kita membuangnya, sedangkan kandungannya amat berguna utk rujukan agama.
2. CD games, perisian milik US/yahudi. Kalau kita beli yg original dia dpt royalti/untung. Sedangkan mereka ini amat anti kepada islam.
wallahualam. :wassalam
Wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah swt yang telah memberi sedikit kelapangan untuk menjawab soalan semutapi. Insyaallah kami akan menjawabnya dengan kadar yang mampu.
Kalau sdr Semutapi meneliti kembali perbincangan yang telah di bincangkan oleh kedua-dua al-Fadhil Fiqh kita (Ustaz THTL and Ustaz Pendekar) bersekitaran dengan perisian (software) cetak rompak, sudah tentu dapat menjawab soalan (1) dan juga soalan (2) diatas. Disini saya cuba memaparkan urlnya kembali bagi tujuan muraaja'ah (merujuk) kembali.
1. SJ - 2213 : HUKUM MEMBUKA CYBER CAFE & MENGGUNAKAN PROGRAM SOFTWARE “ CETAK-ROMPAK “
2. SJ-1831: Penyusunan maklumat ke dalam CD
3. SJ-1527: [U] cetak rompak
4. SJ-2678 : Menciplak karya orang lain
==============
1. Bolehkan di'copy' CD/VCD bagi tujuan pribadi?
Disini kami memaparkan beberapa pandangan ulama' mengenainya.
Berkata Ibnu Utsaimin :
íõÊÈÚ ÝíåÇ ãÇ ÌÑì Èå ÇáÚõÑÝ ¡ Çááåã ÅáÇ ÔÎÕ íÑíÏ Ãä íäÓÎåÇ áäÝÓå æáã íäÕø ÇáÐí ßÊÈåÇ ÃæáÇð Úáì ãäÚ ÇáäÓÎ ÇáÎÇÕ æÇáÚÇã ÝÃÑÌæ Ãä áÇ íßæä Èå ÈÃÓ ¡ ÃãÇ ÅÐ äÕø ÇáÔÎÕ ÇáÐí ßÊÈåÇ ÃæáÇð Úáì ÇáãäÚ ÇáÎÇÕø æÇáÚÇãø ÝáÇ íÌæÒ ãØáÞÇ .
Menurut Sheikh Sa’d al-Humayd pula :
Menurut Jawatankuasa Tetap Penyelidikan Akademik dan Penyelidikan Saudi (Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 13/187) fatwa no: 18845 bahawa[3] :
Kesimpulan yang boleh kita rumuskan ialah, boleh menyalin CD/VCD bagi tujuan pribadi, melainkan pemilik hakcipta secara detailnya menyatakan "Anda dilarang menyalin bagi tujuan pribadi, umum dan kormersial", maka dengan ini penyalinan tidak dibolehkan. Maka elok jugalah kita merujuk kembali kepada statement yang terpapar di CD atau VCD tersebut.
2. CD atau VCD orang kafir, bolehkah kita 'copy'?
Didalam Fatwa Jawatankuasa Tetap Penyelidikan Akademik dan Penyelidikan Saudi (13/188), fatwa no: 18453, bahawa tidak boleh menyalin perisian melainkan dengan izin hak pencipta orang Islam atau Kafir bukan harbi, iaitu orang kafir yang tidak terlibat dengan peperangan dengan orang Islam.
Dengan kata lain, jika pihak kafir ini memusuhi Islam, maka tidaklah menjadi kesalahan menyalin CD atau VCD mereka.
-------
Diharap dapat menjawab soalan yang sdr Semutapi kemukakan. wallahu 'alam
-wassalam-
=======
Rujukan:
1 Sheikh Muhammad bin Salih Al-'Uthaimeen. Hakcipta perisian komputer. url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=454&dgn=3&dgn=2
2. Sheikh Sa’d al-Humayd. Fotostat dan copy CD. url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=21927&dgn=3&dgn=2
3. Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah - 13. Cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'yad, 2000. ms 187, 188.
خيرالأمين