SJ - 2757: hukum mencuri/mengambil harta orang kafir

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2757: hukum mencuri/mengambil harta orang kafir

apakah hukumnya jika kita mencuri atau mengambil harta atau barang-barang orang kafir, sama ada zimmi atau kafir harbi?

Re: hukum mencuri/mengambil harta orang kafir

Hukumnya, patut dikenakan had. Ayat hudud secara jelas menyatakan orang yang mencuri mesti dipotong tangan tak kira dia curi harta siapa kecuali dalam hal-hal tertentu seperti dalam peperangan.

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Barangsiapa yang berlaku zalim kepada seorang kafir 'ahdi(kafir zimmi), atau mengurangi haknya, atau memberi beban melebihi kemampuannya, atau mengambil sesuatu daripadanya dengan niat yang tidak baik, maka akulah(Muhammad) pembelanya nanti di hari qiamat." (Hadith riwayat Abu Dawud)

Re: SJ - 2757: hukum mencuri/mengambil harta orang kafir

:salam
Jawab:
Kiriman sdr Zayed itu boleh diterima. Kerana ini merupakan ijma' fuqaha' bahawa harta milik Zimmiyin adalah dilindungi seperti mana harta orang Islam jua. dalilnya juga benar.
alMughni: 10/276; Mughny Muhtaj: 4/175; Bada'iy asSana'iy: 7/71
Adapun harta kafir harbi (negara yg dalam keadaan perang dgn daulah Islam), sudah tentu tidak mengapa. WA