SJ - 2789: Duit KWSP simati.

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2789: Duit KWSP simati.

Isteri saya baru meninggal dunia. Dia meninggalkan:
1. seorang suami (saya)
2. seorang anak lelaki (3 thn)
3. seorang ibu (berugama Buddha)
4. seorang kakak (berugama Buddha)
5. seorang adik perempuan yang telah berkahwin (berugama Islam)
6. seorang adik lelaki (berugama Islam)

Soalan:
1. Jika dia mempunyai duit KWSP, apakah perlu saya membahagikan kepada ibu dan adik beradik nya (setelah menjelaskan hutangnya). Jika perlu, apakah perkiraan nya?
2. Bagaimana dengan zakatnya (terhadap duit KWSP)

Terima Kasih

Re: Duit KWSP simati.

Ibu dan kakaknya yang beragama budha, tidak berhak dalam hal perwarisan.

Hal ini telah ditegaskan Rasulullah saw. dalam sabdanya:

"Tidaklah berhak seorang muslim mewarisi orang kafir, dan tidak pula orang kafir mewarisi muslim." (Bukhari dan Muslim)

Jumhur ulama berpendapat demikian, termasuk keempat imam mujtahid. Namun terdapat khilaf di kalangan fuqaha kerana sebahagian ulama yang memegang pendapat Mu'az bin Jabal r.a. yang mengatakan bahawa seorang muslim boleh mewarisi orang kafir, tetapi tidak boleh mewariskan kepada orang kafir. Alasan mereka adalah bahwa Islam ya'lu walaayu'la 'alaihi (Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya).

Persoalan
1. Perkiraannya: rujuk pihak mahkamah
2. Zakat KSWP rujuk dlm archive al-ahkam.

Wallahua'lam

Rujukan
Mawarith Fil Islam, Muhammad Ali As-shabuni

Re: SJ - 2789: Duit KWSP simati.

Kita endorse jawapan sdr Zayed , JKK