SJ- 2790: Pembahagian harta

Primary tabs

5 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ- 2790: Pembahagian harta

Assalamu'alaikum,
Saya ingin bertanya arwah bapa saya mempunyai 3 org anak perempuan
bersama dengan arwah ibu saya dan mepunyai seorg anak perempuan lagi
bersama bekas isteri pertama.
Arwah mempunyai tanah dan belum sempat dibahagikan
tanah tersebut kepada kami 3 beradik. Arwah memang selalu
berkata untuk meminta saya menguruskan kesemua tanah tersebut
dan harus dibahagikan sama rata diantara kami bertiga beradik.
Persoalannya sekarang ialah bagaimana pula hak bagi anak perempuan
bekas isterinya yang pertama?

Reen

Re: Pembahagian harta

I am not so sure about this. kalau salah, ustaz alahkam tolong betulkan.

As far as Islam is concerned, selagi mana anak perempuan itu datang dari nasab yang sah (walaupun ibubapanya bercerai hidup atau mati), maka ia beroleh hak dalam faraid.

Firman Allah S.W.T:
"Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: Satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." (Surah An-Nisa': ayat 11)

Sekiranya bukan dari nasab yang sah, ia tidak layak mendapat hak dlm harta perwarisan.

nasih (not verified)
Re: Pembahagian harta

Assalamualaikum...

Mungkin pihak panelis al ahkam bolehhuraikan denganlebih lanjut lagi persoalan di atas emandangan ramai di antara kita yang kurang arif mengenainya.

Re: Pembahagian harta

:salam

Penjelasan lanjut mengenai ayat surah An-Nisaa’: ayat 11.

Kata 'ashabab dalam bahasa Arab bererti kerabat seseorang dari pihak bapa. Disebut demikian, yakni kerabat bapa-- menguatkan dan melindungi. Dalam kalimat bahasa Arab banyak digunakan kata 'ushbah sebagai ungkapan bagi kelompok yang kuat. Demikian juga di dalam Al-Qur'an, kata ini sering kali digunakan, di antaranya dalam firman Allah berikut:

"Mereka berkata: 'Jika ia benar-benar dimakan serigala, sedang kami golongan (yang kuat), sesungguhnya kami kalau demikian adalah orang-orang yang merugi.'" (Surah Yusuf: Ayat 14)

Maka jika dalam faraid kerabat diistilahkan dengan 'ashabah hal ini disebabkan mereka melindungi dan menguatkan. Inilah pengertian 'ashabah dari segi bahasa.

Sedangkan pengertian 'ashabah menurut istilah para fuqaha ialah ahli waris yang tidak disebutkan banyaknya bahagian di dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah dengan tegas. Sebagai contoh, anak laki-laki, cucu laki-laki keturunan anak laki-laki, saudara kandung laki-laki dan saudara laki-laki seayah, dan saudara kandung ayah. Kekerabatan mereka sangat kuat kerana berasal dari pihak ayah.

Pengertian 'ashabah yang sangat masyhur di kalangan ulama fara’id ialah orang yang menguasai harta waris kerana ia menjadi ahli waris tunggal. Selain itu, ia juga menerima seluruh sisa harta warisan setelah ashhabul furudh menerima dan mengambil bahagian masing-masing.

‘Ashabah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu 'ashabah nasabiyyah (kerana nasab) dan 'ashabah sababiyah (kerana sebab).

Ashabah nasabiyyah diperincikan dgn lebih detail kepada 3 bahagian yakni:
1. 'ashabah bin nafs (nasabnya tidak tercampur unsur wanita),
2. 'ashabah bil ghair (menjadi 'ashabah kerana yang lain)
3. 'ashabah ma'al ghair (menjadi 'ashabah bersama-sama dengan yang lain).

Anak perempuan dikategorikan ‘Ashabah bil Ghair.

Dalil ‘Ashabah Bil Ghair
Firman Allah S.W.T
"Bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan" (Surah An-Nisa': ayat 11).

FirmanNya lagi
"dan jika mereka (ahli waris itu terdiri dari) saudara laki-laki dan perempuan, maka bahagian seorang saudara laki-laki sebanyak bahagian dua orang saudara perempuan" (an-Nisa': 176).

Para ulama sepakat bahwa yang dimaksud dengan "ikhwatan" dalam ayat tersebut adalah saudara laki-laki dan saudara kandung perempuan dan yang seayah. Mereka berpendapat bahwa kata ikhwatan tidak mencakup saudara laki-laki atau perempuan yang seibu, disebabkan hak waris mereka berdasarkan fardh (termasuk ashhabul furudh) bukan sebagai 'ashabah. Selain itu, hak waris mereka pun antara laki-laki dan perempuan adalah sama rata, berdasarkan firmanNya:
“Maka mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu" (Surah An-Nisaa': Ayat 12).

Dalam persoalan di atas, anak perempuan seAyah mempunyai hak dalam perwarisan.

kalau ada salah silap, harap betulkan.

Wallahua’lam. :adus :fuhh

Rujukan:
Mawarith Fil Islam, Syeikh Muhammad Ali As-shabuni

Re: SJ- 2790: Pembahagian harta

:wassalam
JKK sdr Zayed, Lulus utk sibaran.