Assalamu'alaikum,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih atas usaha saudara2 mengendalikan laman ini. Telah sekian lama saya mengikuti perkembangan laman ini dan menjadi rujukan saya.
Saya biasanya menganggap bahawa hidup kita di dunia ini dipenuhi dengan ujian daripada Allah ke atas hamba-Nya tak kira sama ada dalam bentuk kesusahan atau pun kesenangan hidup. Yang bermain di fikiran saya ialah adakah kita boleh menggunakan cara ini jika kita ingin menasihati orang lain (dalam lingkungan keluarga sendiri) kerana ianya mungkin nampak agak kasar. Contohnya jika ada dalam lingkungan keluarga yang selalu melakukan dosa besar seperti meninggalkan solat dan tidak menutup aurat dan berkebetulan pulak mereka selalu dirundung musibah seperti mendapat kemalangan, mendapat penyakit, mengalami tekanan perasaan dsbnya. Wajarkah saya mengambil extract dari kitab Fiqh Sunnah dalam hukum meninggalkan solat utk ditunjukkan kepada mereka betapa beratnya dosa meninggalkan solat itu?
Saya berharap pihak tuan memahami permasalahan saya kerana tidak mudah untuk berdakwah ke atas keluarga sendiri sebagaimana untuk berdakwah ke atas orang lain.
Sekian terima kasih dan Wassalamu'alaikum.
:wassalam
Kenapa tidak boleh kerana uslub (gaya) dakwah anNabawi ialah basyir dan nazir (berita gembira dan berita amaran), antara dalilnya pakej dakwah Nubuwwah, Firman Allah swt," Sesungguhnya Kami telah mengutusmu dgn kebenaran, sebagai pembawa berita gembira dan berita amaran/menakutkan.." alBaqarah: 119
Uslub ini juga dikenali dgn teknik Targheeb dan Tarhib (berita gembira dan menakutkan). WA