Mengikut jam saya (yang saya yakini betul waktunya) dah masuk waktu Subuh tapi surau berdekatan rumah saya belum lagi kedengaran azan, 3 minit selepas itu baru azan diazankan. Soalan saya adakah saya perlu berhenti makan mengikut jam saya atau boleh terus makan sehinggalah saya mendengar azan? Pada petangnya saya berbuka puasa di masjid. Jam saya menunjukkan lagi 3 minit (saya yakin jam saya betul) untuk berbuka tapi muazzin telah melaungkan azan. Adakah saya perlu tunggu lagi 3 minit atau saya boleh terus berbuka sebaik mendengar azan? Adakah sah puasa saya jika saya berbuka awal kerana bersandarkan kepada azan tersebut? Terima kasih.
Sumber Rujukan Islam Anda..
:salam
Adzan hendaklah dikumandangkan di awal waktu. Tidak dilewat maupun diawalkan. Walaupun begitu, menyamaragamkan jam satu kawasan apatah lagi sebuah negeri merupakan satu perkara yg amat sukar dan hampir mustahil. Maka tidak hairanlah jika azan dikumandangkan tidak sama dgn jam yg terdapat dirumah kita. Dan kadang2, masjid dan surau juga tidak melaungkan azan secara serentak krn berbezanya jarum jam di setiap masjid itu. Oleh itu muazzin memainkan peranan penting dalam berijithad perihal masuknya waktu utk melaungkan azan ini. Krn merekalah yg menjadi kayu ukur masuknya waktu solat bagi masyarakat tempatan.
Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 187 yg bermaksud;
“ Maka makan dan minumlah hingga jelas bagi kalian benang putih dari benang hitam, iaitu fajar.”
Walaupun begitu, perlulah kita meneliti satu kaedah fiqh iaitu; “Sesuatu yg wajib tidak sempurna kecuali dgnnya ia menjadi wajib.” Kaedah ini menyatakan sesuatu amalan/perbuatan yg wajib tidak akan menjadi sempurna, kecualilah perbuatan tersebutdisertai atau dilengkapi dgn perbuatan lain. Lantaran itu, perbuatan utk menyempurnakan perbuatan wajib tu menjadi wajib juga.
Maka, berdasarkan kaedah fiqh ini, memberikan sedikit ruang masa antara berhentinya makan dgn waktu azan itu adalah perlu begitu juga memberikan ruang masa masuknya waktu berbuka(azan maghrib) dgn berbuka. Adalah lebih selamat kita memberikan masa mungkin 1 minit selepas azan maghrib sblm mula makan.
Dr Yusuf Qaradhawi pula berkata dalam fiqhus siyyam, bahawa persoalan waktu fajar bukanlah satu persoalan yg rumit. Sebenarnya ia adalah flexible. Apa yg dilakukan oleh kaum muslimin skrang iaitu menetapkan waktu imsak beberapa minit seblum subuh dgn alasan berhati2 adalah bercanggah dgn sunnah. Bahkan Ibn Hajar mengatkaan ianya bid'ah yg mungkar. Beliau juga menyatakan bahawa barangsiapa yg ragu sama ada tleah masuk fajar ataupun belum, boleh makan sehingga mendapatkan keyakinan itu. Ibn Abbas berkata, “makanlah selama engkau masih ragu hingga engkau yakin.” Saya berpendpt, azan subuh yg dkumandangkan sudah cukup mendtgkan keyakinan kepada kita.
Sekian. WA.
:wassalam
Lihat juga URL berikut:
0042. Fiqh Sunnah (Adzan : Adzan Pada Awal Waktu dan Sebelumnya)
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.
:salam
Tas-hih/Tahqeeqan
Tambahan:
Waktu berbuka dan Imsak serta waktu solat sudah dicetak dalam akhbar. Alat yg anda perlukan ialah jam yg certified atau callibrated. Sebab zaman kita tidak ada lagi guna teknologi benang putih dan benang hitam. Selalunya jam dan azan di corong radio dan stesyen TV adalah waktu yg callibrated (certified precise timing). WA