:salam
(i) Mohon semakkan hadis ini:
Riwayat Imam Hakim dengan kriteria Imam Muslim,"Tidak berkumpul sesebuah kaum, sebahagian dari mereka berdoa dan sebahagian yang lain mengaminkan, kecuali Allah akan memustajabkan doa mereka."
(ii) natijah hadis di atas.
T.kasih
:wassalam
:salam
Soalan (i): Status Hadith
Rasulullah S.A.W bersabda: “Tidak berkumpul sesebuah kaum, sebahagian dari mereka berdoa dan sebahagian yang lain mengaminkan, kecuali Allah akan memustajabkan doa mereka." (Diriwayatkan dari Habib Ibn Maslama al-Fihri oleh At-Tabarani dlm Al-Kabir, Al-Hakim dlm Al-Mustadrak meletakkan ia sebagai sahih dan Ad-Daraqutni)
Status hadith:
1. Ibn Hajar al-haitami dlm majma’ az-zawaid mengatakan rantaian perawi hadith ini adalah memenuhi criteria al-bukhari dan muslim kecuali Ibn Lahi’ah.
2. Riwayat Ibn Lahi’ah menjadi sahih sekiranya diriwayatkan dgn perawi tertentu spt Abdullah ibn Yazid al-muqri’. Inilah pendapat Ibn Hajar dlm Tahzib al-tahzib. Dlm kitab yang lainnya, Ibn Hajar dlm Tabaqat al-Mudallisin mengatakan kedha’ifan dia adalah rendah dan dikecualikan dari tadlis.
3. Pentahqiq hadith Dr Suhaib Hassan memberi komentarnya tentang Abdullah ibn Lahi’ah yakni dia adalah seorang qadhi di mesir. Ia perawi yang dhaif.
4. Imam Az-Zahabi dlm kitabnya Talkhis al-Mustadrak menjelaskan kedudukan Abdullah ibn Lahi’ah sebagai status yang rendah dlm sanad yg hassan atau darjat yang tinggi dari kalangan sanad yang dhaif.
Kesimpulannya: Hadith ini dhaif tetapi ia tidak terlalu dhaif.
Soalan (ii): Natijah Hadith
Sila rujuk URL di bawah mengenai pengamalan hadith dhaif
SJ2479: PENGGUNAAN HADITH DHAIF
Antara mereka yang berpendapat sedemikian, Imam Yahya bin Main, Abu Bakar bin Arabi, dan zahir mazhab Imam Bukhary dan Muslim dan ia merupakan mazhab Ibnu Hazm rahimahumullah. Demikian juga pendapat Ibnu Hajar Al-Asqalany yang tidak asing lagi; pengarang Bulughul Maraam, Fathul Bary, Al-Ishabah, Lisanul-Miizan dll, maka beliau meletakkan syarat-syarat yang penting untuk membolehkan beramal dengannya yang mana jika benar-benar diikuti hampir sahaja tidak membolehkannya langsung.
Syarat-syarat Ibnu Hajar rahimahullah dlm mengamalkan hadith dhaif:
1. Hadith tersebut tidak merupakan hadith yang maudhu.
2. Hendaklah orang yang beramal dengannya mengetahui bahawa ia hadith dhaif.
3. Tidak menyebarkan amalannya dengan hadith dhaif tersebut.
4. Dhaifnya tidak terlalu lemah yang bukan diriwayatkan oleh pendusta atau yang telah banyak kesilapannya.
5. Hadith tersebut termasuk dibawah asal yang am, (dalam syara'), bukan yang tidak mempunyai asal langsung.
6. Pengamalnya tidak mengiktiqadkan kebenaran hadith tersebut supaya tidak menasabkan kepada Nabi saw apa yang tidak disabdakannya.
Berkata Imam Ibnu Hajar setelah itu “ Hendaklah seorang itu berwaspada dari termasuk dalam sabda Nabi saw ‘ Barangsiapa meriwayatkan dariku sepotong hadith dilihatnya dusta maka dia termasuk seorang dari dua pendusta.’( Muqaddimah Muslim 1/ 8)Bagaimana pula dengan orang yang mengamalkannya! Tidak ada bezanya dalam beramal dengan hadith dalam hukum ahkam ataupun dalam fadhail, kerana semuanya syara’. “ ( Tabyiin Al-A’jab m/s 3-4 )
Berkata Syeikh AlBany rahimahullah
‘Berkata Imam Ibnu Hibban dalam kitabnya ‘Ad-Dhuafa’ ‘dalam mensyarahkan hadith tadi : ‘ Dalam khabar tadi dalil bahawa seorang muhaddith itu apabila meriwayatkan apa-apa yang tidak sah dari Nabi saw yang didustakan atas baginda sedang dia mengetahuinya, maka adalah dia seorang dari dua pendusta., namun zohir khabar ini lebih dashyat lagi, Nabi saw bersabda “ Barangsiapa meriwayatkan dariku sepotong hadith dan dia melihatnya sebagai dusta…” dan baginda tidak bersabda ‘dia yakin ianya dusta.
Maka setiap orang yang ragu-ragu terhadap apa yang diriwayatkan adakah ia sohih atau tidak, masuk dalam zohir khitob hadith ini.’ ( Ad-Dhuafa’ : 1/7-8)
Jelaslah dari dua nukilan ini bahawa jika sekadar meriwayatkan sebuah hadith dhaif haram hukumnya, maka mengamalkannya lebih-lebih lagi hukumnya, tidak ada beza hukumnya dalam fadhail a’amal kerana Rasulullah saw tidak membezakan antara dua perkara tersebut . Dan ini jika diketahui yakin bahawa hadith tersebut dhaif atau terasa dalam hatinya hadith tersebut tidak sohih. Bagaimana dengan orang yang tidak tahu hadith yang ingin diriwayatkannya dhaif atau tidak ?
Beliau tetap berdosa kerana menisbahkan hadith tersebut kepada Nabi saw tanpa ilmu, maka dia masuk dalam ancaman Nabi saw “ Cukup bagi seseorang itu sebuah dusta kerana meriwayatkan setiap yang dia dengar.”( Muqaddimah Sohih Muslim hadith 5 )
Dan telah diriwayatkan bahawa Imam Malik rahimahullah ,telah berkata :” Ketahuilah, tidak selamat seorang yang meriwayatkan setiap yang didengarinya, dan dia tidak sekali-kali akan menjadi seorang imam sedang dia meriwayatkan setiap yang dia dengar.
Komentar AlBany tentang syarat-syarat Ibnu Hajar rahimahumallah.
Berkata AlBany setelah menyebutkan syarat-syarat beramal dengan hadith dhaif yang diletakkan oleh Ibnu Hajar “ Dan syarat-syarat ini sangat mendalam maknanya dan penting sekali, jika diltizamkan oleh para pengamal hadith dhaif niscaya natijahnya ruang untuk mengamalkannya menjadi sempit atau tidak memungkinkannya langsung.
Dan penerangannya dari tiga wajah :-
Pertama :
Syarat pertama menunjukkan bahawa wajib mengetahui hal hadith yang ingin diamalkannya, supaya dapat mengelakkan dari beramal dengannya jika kedudukannya sangat dhaif sekali.
Dan makrifah ini sukar buat kebanyakan orang dalam mengamalkan setiap hadith dhaif kerana kurangnya ulama hadith, lebih-lebih lagi pada zaman ini, dan yang kumaksudkan ialah ahli tahqiq yang tidak menceritakan orang ramai melainkan dengan yang thabit dari hadith Rasulullah saw; yang memberitahu mereka akan hadith-hadith dhaif dan ,mewaspadakan mereka darinya , bahkan mereka ini lebih sedikit dari segelintir. Allahul Musta’an. “
Beliau juga melanjutkan setelah membawa beberapa contoh ulama yang meriwayatkan atau mengamalkan hadith dhaif tanpa meneliti kedudukan dhaifnya dengan alasan hadith tersebut bukan dalam urusan hukum ahkam, hanya bab fadhail amal, lalu ternyata hadith-hadith tersebut jelas dusta atau maudhu’.
“ Kesimpulannya, iltizam dengan syarat ini membawa kepada meninggalkan amal dengan hadith yang tidak thabit sama sekali,sakeng sukarnya mengenal pasti dhaif yang sangat lemah dikalangan kebanyakan orang, hampir serupa dengan qaul yang kami pilih. ( Tidak boleh beramal dengan hadith dhaif secara mutlak – walaupun dalam fadhail ).
Kedua :
“ Hendaklah hadith dhaif itu termasuk dibawah asal yang am …”
Syarat ini menunjukkan bahawa pada haqiqatnya, amalannya itu bukanlah dengan hadith dhaif sendiri, tapi dengan asal yang am, sedangkan amal dengannya telah warid sama ada wujud hadith dhaif tadi ataupun tidak, bukan sebaliknya …
Ketiga :
Syarat ketiga ( Pengamalnya tidak mengitiqadkan kebenaran hadith tersebut … ) bertemu dengan syarat pertama dimana wajib diketahui kelemahan hadith, supaya tidak di’tiqadkan kesahihannya…
Wallahua'lam.
http://www.zayed.com