SJ - 3178 : bersatu dgn isteri

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3178 : bersatu dgn isteri

adakah makruh untuk bersatu dgn istri pada awal,pertengahan dan akhir bulan islam.adakah memang terdapat hadis? :salam

Re: SJ - 3178 : bersatu dgn isteri

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab pertanyaan sdr abunawas dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Mengadakan hubungan kelamin dengan isteri merupakan satu amalan yang mendatangkan pahala disisi Allah swt dengan niat yang ikhlas. Dari Abi Zarr ra. bahawa Nabi saw bersabda :

[="#800000" size="3"] ( æÝí ÈõÖÚ ÃÍÏßã ÕÏÞÉ ) - Ãí Ýí ÌãÇÚå áÃåáå - ÝÞÇáæÇ : íÇ ÑÓæá Çááå ÃíÃÊí ÃÍÏäÇ ÔåæÊå æíßæä áå ÝíåÇ ÃÌÑ ¿ ÞÇá Úáíå ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã : ( ÃÑÃíÊã áæ æÖÚåÇ Ýí ÇáÍÑÇã ¡ ÃßÇä Úáíå æÒÑ ¿ ÝßÐáß ÅÐÇ æÖÚåÇ Ýí ÇáÍáÇá ßÇä áå ÃÌÑ ) .
"Didalam hubungan kelamin sesiapa diantara kamu adalah sedekah - Iaitu mengadakan jima' dengan isteri - maka mereka berkata :'Ya Rasulullah apabila salah seorang kami melepaskan syahwatnya akan mendapat ganjaran?' Sabda Nabi saw : 'Tidakkah anda lihat bahawa jika ia melakukannya didalam keadaan yang haram ia akan dihukum kerananya? Maka jika ia melakukan sesuatu yang halal dia akan diberi ganjaran'" - [Hadith riwayat Muslim #720].

Disamping hubungan kelamin suami isteri yang ikhlas merupakan mendatangkan ganjaran disisi Allah swt, menurut Ibn Qayyim didalam buku beliau Al-Tibb Al-Nabawi (ms 249), ia juga menyihatkan tubuh badan dengan mengeluarkan cecair yang dikhuatiri jika disimpan lama akan memudharatkan kesihatan.

Hubungan kelamin yang dilarang (haram) ialah semasa isteri didalam haid, seorang Muhrim (seorang yg didalam ihram) dan juga pada siang waktu Ramadhan. Bahkan pada malam bulan Ramadhan juga tidak dilarang mengadakan hubungan kelamin dengan isteri sebagaimana firman Allah swt :-

[="#ff00000" size="3"]ÃõÍöáøó áóßõãú áóíúáóÉó ÇáÕøöíóÇãö ÇáÑøóÝóËõ Åöáóì äöÓóÇÆößõãú åõäøó áöÈóÇÓñ áóßõãú æóÃóäúÊõãú áöÈóÇÓñ áóåõäøó
"Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. " - [Al-Baqarah 2:187]

Begitu juga dengan metos-metos dan kepercayaan kaum Jahilliyah bahawa terdapat beberapa hari didalam satu bulan akan mendatangkan kesialan hubungan suami isteri. Kesemua pandangan ini tidak benar. Yang sebetulnya, cuma siang bulan puasa (ramadhan) dan mereka yang didalam Ihram sahaja ditegah mengadakan hubungan kelamin. Wanita yang didalam haid, tidak kira bulan apa sekalipun, adalah haram disetubuhi oleh suaminya. Perlu diingat juga bahawa bersetubuh juga boleh membatalkan ibadat yang seseorang sedang lakukan seperti puasa, haji, umrah dan juga iktikaf.

Kesimpulannya ialah, sepanjang yang kami tahu, tidak terdapat hari didalam bulan-bulan tertentu yang menghukum makruh mendatangkan isteri. Terdapat situasi yang memakruhkan dan kemungkinan akan membawa kepada haram jika bersetubuh dengan isteri hamil yang dikhuatiri akan mengganggu kesihatannya. Begitulah juga pengharaman nya sewaktu didalam Ihram (Haji/Umrah), wanita yang datang haid dan juga siang hari disepanjang bulan Ramadhan.

wallahu'alam, wassalam.

خيرالأمين