SJ - 3208: Insuran suresave..boleh ke ambik?

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3208: Insuran suresave..boleh ke ambik?

Assalamualaikum ...
Boleh ke ambik insuran suresave tu?
penjelasan pasal insuran ni ada kat website www.suresave.cjb.net..
syukran
wassalamualaikum...

Re: SJ - 3208: Insuran suresave..boleh ke ambik?

:salam
Jawab:

Mohon kema'afan kami tak dapat access pula ke web sites tu. Pokoknya di Malaysia spt biasa menjalankan dasar dwi-system baik di sektor perbankan, pelaburan (investment) dan insuran. Setakat ini ada 4-5 syarikat insuran yg diluluskan secara 'syari'ah' antaranya syarikat takaful, MNI-takaful, Takaful Ikhlas, dll. Syarikat ini menawarkan insuran dan juga assurance (insuran am, harta, pelajaran dan nyawa). Dan nama Suresave tu tak perasan pula mendapat lesen secara insuran Islamik. WA

Re: SJ - 3208: Insuran suresave..boleh ke ambik?

:wassalam
Tambahan

Atas bantuan Ust G , saya dapat browse website 'Suresave'. Hasil dari penilitian kami ia beroperasi sama dgn syarikat AAM (automobile association of Malaysia). Sebab itu kalau kita perasaan pada kenderaan ada tertera Logo 'Suresave' ini.
Bagi pemilik Proton mereka sudah ada Sahabat Proton.
Akhirnya Suresave ini berkembang bukan saja menjadi persatuan tunda dan baiki kenderaan, akhirnya bertukar menjadi syarikat Insuran, kemudian MLM (multi-level marketing), pakej agensi pelancungan dan akan membuka rangkaian pasaraya. Kita tidak pasti mereka beroperasi atas lesen apa. Modal berbayarnya (Paid-up capitalnya amat kecil, hanya RM 1 juta) dan tidak valid utk Insuran.
Kami merasakan bisnesnya tak jelas, ada unsur kesamaran kerana tidak clear-cut (betul2 jelas) industri apa yg diceburi sebenarnya: samada Insuran, MLM, agensi pelancungan.
Jika Insuran, nyata Suresave tidak ada lesen beroperasi secara syari'ah kerana setakat ini Insuran secara takaful hanya diberi pada empat syarikat sahaja dan pasti suresave bukan salah satunya. Jauhilah ia.