From: AdiBzZz
Assalamu'alaikum. Saya tak reti sangat nak kasi post post ni sume. Maklumla first time pakai ni bende. Kalau salah post harap tunjukkan saya cara yang betul. Soalan saya begini. Jika seorang muslim membuat dosa besar sebagai contoh jalan dengan matair berdua-duaan walaupun niatnya baik iaitu untuk belajar, adakah apabila malaikat mencabut nyawanya die mati dalam keadaan Islam atau bukan?
Soalan saya ini saya rujuk kepada Ayat Al-Qur'an "Wahai org-org yang beriman, bertaqwalah kamu sebenar-benar taqwa dan jangan lah kamu mati dalam keadaan selain Islam." Maaf saya tak pasti surah dan ayat ke berapa. Tapi saya pasti ayat ini ada dalam Al-Quran. Terima kasih.
Ma'assalamah.
:wassalam
ahlan wasahlan, selamat datang ke AlAhkam
Ada banyak perkara yg anda perlu ketahui:
1. Apakah dosa besar?
Lihat AQ anNisa': 31 (disebut dosa besar dan dosa kecil)
AQ asySyuura: 37
AQ anNajmi: 32 (juga disebut dosa besar dan dosa kecil)
Pada hemat kami, berdua-duaan dgn pacar itu adalah dosa kecil, Zina itu adalah dosa besar. Rasanya dalam Archive/bank Soaljawab kami pasti ada definasi dosa besar dan dosa kecil ini.
2. Kemudian anda membawa maksud ayat dari surah Ali Imran: ayat 102. Ini Tuk Khatib selalu baca pada Intro Khutbah Juma'at.
Jawapan kami:
Bila anda gabungkan ayat dosa besar dan ayat 3:102 itu, yakni orang yg melakukan dosa besar, maka dia menjadi kafir secara otomatik. Ini adalah faham Khawarij.
Faham ahli Sunnah walJama'ah, lebih teliti dalam mencabut keIslaman seseorang. Menjadi kafir ini melalui tiga cara:
a. Iktikad (kepercayaan)
b. Perbuatan
c. Perkataan.
Jika semasa berpacaran itu dia beri'tiqad (berkeyakinan) berdua-duaan itu adalah harus kerana carahidup Islam telah kolot, atau dia yakin orang Islam boleh mengamalkan cara hidup sekuler, maka jika Allah ambil nyawanya ketika itu, maka dia kafir.
Jika semasa berdua-duaan itu dia mengatakan, jika turun Nabi melarang dia sekarang inipun, nisccaya aku akan mengingkarinya.
Tapi kalau dia melakukan dengan kejahilan, kelemahan iman, tanpa menafikan larangan Allah, maka ASWJ masih mengatakan dia orang Islam, wajib dimandi dan disolati dan ditanam diperkuburan Islam. WA