SU - 00177: [Z] Fadhilat Nisfu Sya'ban

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU - 00177: [Z] Fadhilat Nisfu Sya'ban

:salam

Seringkali setiap kali dtg bulan Rejab, kita akan mendengar Fadhilat2 bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan dan seringkali org awam seperti saya yang masih lagi mentah dalam ilmu hadith was-was akan fadhilat2 yg dikemukakan kerana kebanyakan yang didengar seperti di khutbah Jumaat, kuliah di masjid dsb; kebanyakan mereka yg memberikan kuliah ilmu ini tidak menekankan sangat soal sanad atau sekurang-kurangnya memberitahu fadhilat ini diambil dr kitab2 tertentu karangan para ulama' tertentu berdasarkan dalil2 tertentu. Jadi confusion itu masih ada pd org spt saya, spt bacaan Yaasin 3 kali sempena mlm Nisfu Sya'ban dsb.

1) Bolehkah tuan panel berikan dalil2 berkenaan dgn amalan2 sempena bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan (i.e puasa, bacaan surah tertentu dsb)

2) Jika amalan tertentu tidak dinyatakan bersandarkan dalil2 yg terdapat dlm hadith Nabi SAW, bolehkah kita beramal dgn amalan tertentu seperti bacaan surah tertentu pd mlm spt Nisfu Sya'ban dengan niat utk meraikan malam tersebut tanpa ada rasa itu adalah amalan yg disunnahkan utk dibuat!

3) Ada segelintir Ustaz yg menyatakan bahawa walaupun tiada nas tentang bacaan surah tertentu pd malam2 tertentu (mungkin ada nas yg shahih brkenaan bacaan Surah Kahfi pd hari Jumaat dsb); mereka menyatakan bahawa adalah tidak wajar utk menolak amalan ini begitu sahaja krn apakah amalan substitute yg patut diganti sekiranya amalan2 ini tidak lagi dilakukakan? Contohnya jika bacaan Yaasin tidak dibuat, manakah yg lebih baik, tengok TV kat rumah ke baca Yaasin kat surau/masjid. Ada komen?\

JZK.
:wassalam :ooo:

Re: Fadhilat Nisfu Sya'ban

:salam

Q1. Perihal fadhilat rejab, sya'aban dah banyak kali dijelaskan di sini. Sila rujuk archive dlm artikel Ustaz Asri.

Q2. Hadith sahih Nabi S.A.W, "barangsiapa yang mengadakan sesuatu bukan dari kami (Nabi S.A.W), maka ia adalah tertolak."

Q3.Ini salah faham masyarakat. Apabila ustaz/ulama/guru mengatakan hadith membaca yasin malam jumaat adalah maudhu', ia bukan bermaksud mengharam atau melarang membaca surah yaasin pada malam jumaat. Tetapi bacalah tiada siapa yang melarangnya TETAPI yang dilarang ialah menisbahkannya kepada Nabi S.A.W atau mengatakan ia dari Nabi S.A.W ataupun membaca kerana di atas fadhilat yang palsu.

Wassalam

Re: SU - 00177: [Z] Fadhilat Nisfu Sya'ban

:wassalam
Jawab:

Quote:
Contohnya jika bacaan Yaasin tidak dibuat, manakah yg lebih baik, tengok TV kat rumah ke baca Yaasin kat surau/masjid. Ada komen?\

Buat kuliah Maghrib seperti biasa atau baca surah alKahfi.
Banyak lagi aktiviti pengisian lepas Maghrib yg harus.

Jika nak ganti Yassinan, gantilah yg setara dengannya, dinamakan gantian satu jazm (yg semisalnya). Ganti Yasin dgn TV tu tak setara atau sekufu. WA