SU-00297: menyambut harijadi

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00297: menyambut harijadi

assalamualaykum

Dulu,saya pernah terbaca dlm satu buku yg mengatakan Nabi Muhammad S.A.W berpuasa pd hari lahir baginda(maafkan saya kerana saya tak ingat tajuk buku tu). Pastu bila saya baca kat al-ahkam psl hari ibu,saya terfikir pula tentang menyambut hari lahir dan saya teringat
apa yg saya penah baca tu. Saya mencari sumber yg sahih (hadith) tentang apa yg dinyatakan oleh buku tu, namun tak jumpa lagi setakat ini. Jadi, betulkah ada hadith yg sahih tentang perkara ini? Dan apakah pandangan Islam mengenai menyambut hari lahir. Sekian shj terima kaseh.

Re: SU-00297: menyambut harijadi

:salam

Hadis yg dimaksudkan ialah:

Maksudnya:
Daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: “Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.”[HR Muslim]

Tidak ada kaitan antara menyambuat harijadi dgn hadis di atas. Lanjutkan ke URL berikut utk hukum menyambut harijadi:
SJ-1270: Cara2 Menyambut Harijadi
SJ-1361: Majlis Harijadi 2 (samb SJ-1270)

:wassalam