(Ringkasan Sirah) 6. Baginda s.a.w. Menggembala Kambing dan Musafir Pertamanya Ke Syam

Primary tabs

Khulasah Nurul Yaqin Oleh Umar Abdul Jabbar | Terjemahan Zainudin bin Yusro

6. Baginda s.a.w. Menggembala Kambing dan Musafir Pertamanya Ke Syam

  1. Baginda s.a.w. sejak kecil berkerja sebagai penggembala kambing untuk penduduk Mekah dengan upah yang akan digunakan untuk menyara hidupnya.
  2. Ketika baginda s.a.w. berusia 9 tahun, baginda s.a.w. telah bermusafir ke Syam bersama bapa saudaranya Abu Talib dengan barang dagangan.
  3. Semasa baginda s.a.w. menghampiri Bushra, pendita Buhaira telah melihatnya. Beliau memberitahu bapa saudaranya bahawa baginda s.a.w. akan menjadi kesudahan para nabi. Beliau meminta bapa saudaranya untuk pulang membawa baginda s.a.w. kerana bimbang ada musuh yang memerhatikannya.
  4. Rahib berkenaan telah mendapat petunjuk tentang kenabian baginda s.a.w. melalui tanda-tanda yang terdapat di dalam kitab-kitab ahli kitab.

Soalan-soalan

  • Apa pekerjaan yang dilakukan dilakukan oleh baginda s.a.w. semasa kecilnya?
  • Bilakah baginda s.a.w. bermusafir ke Syam?
  • Baginda s.a.w. bermusafir bersama siapa?
  • Siapakah yang melihatnya ketika permusafiran pertama ini?
  • Apa yang beliau beritahu kepada bapa saudaranya?
  • Apa permintaan beliau terhadap bapa saudaranya?
  • Dengan apa beliau mendapat petunjuk tentang kenabian baginda s.a.w.?

Ringkasan

  • Semasa kecil baginda s.a.w. telah menggembala kambing untuk penduduk Mekah.
  • Baginda s.a.w. telah bermusafir ke Syam bersama bapa saudaranya ketika berusia 9 tahun atau 13 tahun.
  • Rahib Buhaira telah melihat baginda s.a.w. dan mengetahui baginda s.a.w. mempunyai beberapa tanda kenabian.