Salam Ustaz, Saya telah didatangi beberapa orang Syiah yang menyatakan bahawa nikah mutaah adalah disyariatkan oleh Islam berdasarkan surah An Nisa ayat 24 berdasarkan Tafsir Ibn Kathir, Tafsir At Tabari dan Tafsir Ar Razi. Semua Tafsir ini menyatakan ia adalah untuk nikah mutaah berdasarkan pernyataan Mujahid dalam Tafsir-Tafsir tersebut. Sekarang saya berasa amat keliru dan runsing kerana pertama, walaupun terjemahan Al Quran tidak melibatkan mutaah langsung mengikut pemahaman saya dalam Surah An Nisa ayat 24, tertapi Tafsir-Tafsir tersebut menayatakan secara jelas berdasarkan penyataan Mujahid. Kedua, saya gagal mencari mana-mana ayat Al Quran yang memansuhkan mutaah. Walaupun kita umum tahu Bahawa pembatalan nikah mutaah ini adalah berdasarkan Hadith Shahih Muslim. Dan Saya juga agak terkeliru bila Syiah menyatakan bahawa walaupun ada Hadith Shahih tetapi Hadith tak boleh menasakhkan Al Quran. Saya mohon penjelasan Ustaz.
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-15-0033 : Benarkah Nikah Mutaah disyariatkan berdasarkan An Nisa:24?
Primary tabs
Sat, 02/05/2015 - 6:14pm
#1
SJ-15-0033 : Benarkah Nikah Mutaah disyariatkan berdasarkan An Nisa:24?