Fasa Pertama
Dari kehidupan Rasulullah s.a.w.
1. Saidina Muhammad
- Baginda s.a.w. merupakan utusan Allah kepada seluruh manusia, yang terakhir dari kalangan para nabi dan imam para rasul.
- Baginda s.a.w. datang dengan membawa agama Islam, di mana pada hari kiamat Allah tidak akan menerima agama selain Islam.
- Baginda s.a.w. lahir dari keturunan pembesar Quraisy, iaitu kabilah paling mulia di Makkah al-Mukarramah.
- Keturunan baginda s.a.w. sampai kepada Nabi Ismail bin Ibrahim a.s.
Soalan-soalan
- Siapakah dia Saidina Muhammad?
- Apa yang dibawa oleh baginda s.a.w.?
- Kedua ibubapanya dari kabilah mana?
- Nasab keturunan baginda s.a.w. bersambung dengan siapa?
Ringkasan
- Saiyidina Muhammad merupakan seorang utusan Allah kepada seluruh manusia.
- Baginda s.a.w. datang membawa agama Islam.
- Baginda s.a.w. berbangsa Arab Quraisy Adnani.
2. Keturunannya dan Kematian Ayahnya
- Ayahnya: Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdi Manaf bin Qushai bin Kilab.
- Ibunya: Aminah binti Wahab bin Abdi Manaf bin Zuhrah bin Kilab.
- Keturunan ibu dan ayahnya bercantum pada datuknya yang kelima, iaitu Kilab.
- Ayah baginda s.a.w. telah meninggal dunia ketika baginda s.a.w. berada di dalam perut kandungan ibunya. Ketika itu ayahnya berusia 18 tahun. Jenazahnya dikebumikan di Madinah. Dan beliau tidak meninggalkan kepada baginda s.a.w. apa-apa harta warisan.
Soalan-soalan
- Apa keturunan baginda s.a.w. dari pihak ayah?
- Apakah pula keturunan baginda s.a.w. dari pihak ibu?
- Keturunan dari pihak ibu dan ayah baginda bertemu pada datuk yang mana?
- Bilakah ayah baginda s.a.w. meninggal dunia?
- Jenazahnya dikebumikan di mana?
Ringkasan
- Ayah baginda s.a.w. ialah Abdullah bin Abdul Mutalib.
- Ibunya pula ialah Aminah binti Wahab.
- Keturunan keduanya bertemu pada datuk mereka yang kelima.
- Ayah baginda s.a.w. meninggal dunia ketika baginda s.a.w. berada dalam kandungan ibunya.
3. Kelahiran dan Penyusuan Baginda s.a.w.
- Baginda s.a.w. dilahirkan di Mekah pada hari Isnin, 12 Rabi’ul Awal, Tahun Tajah.
- Tahun kelahiran baginda s.a.w. dinamakan dengan nama Tahun Gajah kerana raja Habsyah pada tahun kelahiran baginda s.a.w. telah mengirim tentera ke Mekah untuk meruntuhkan Ka’bah. Terdapat seekor gajah besar di dalam tentera ini. Kemudian Allah Taala memusnahkan tenteraini kerana memuliakan kelahiran baginda s.a.w.
- Yang menyusukannya selepas ibu baginda s.a.w. ialah Tsuwaibah al-Aslamiah, hamba bapa saudaranya Abu Lahab. Kemudian baginda s.a.w. disusukan oleh Halimatus Sa’diah sehingga berusia 4 tahun.
Soalan-soalan
- Bilakah baginda s.a.w. dilahirkan?
- Di mana baginda s.a.w. dilahirkan?
- Mengapakah tahun kelahirannya dinamakan dengan Tahun Gajah?
- Siapakah yang menyusukan baginda s.a.w. selepas ibunya?
Ringkasan
- Baginda s.a.w. dilahirkan di Mekah pada Tahun Gajah.
- Baginda s.a.w. disusukan oleh Tsuwaibah al-Aslamiah, kemudian oleh Halimatus Sa’diah.
4. Kematian Ibunya dan Siapakah Pengasuhnya
- Ibu baginda s.a.w. meninggal dunia ketiga baginda s.a.w. berusia 6 tahun, ketika ibunya pulang dari Madinah.
- Ibunya pergi ke Madinah bersama datuknya Abdul Mutalib untuk menziarahi kubur ayahnya.
- Ibunya telah dikebumikan di Abwa’, iaitu sebuah kampung yang berada di antara Mekah dan Madinah.
- Baginda s.a.w. diasuh oleh Ummu Aiman, hamba ayahnya Abdullah.
Soalan-soalan
- Bilakah ibu baginda s.a.w. meninggal dunia?
- Mengapa ibunya pergi ke Madinah?
- Di manakah ibunya dikebumikan?
- Siapakah yang mengasuh baginda s.a.w. selepas kematian ibunya?
Ringkasan
- Ketika baginda s.a.w. berusia 6 tahun, ibunya telah meninggal dunia.
- Jenazahnya telah dikebumikan di Abwa’.
- Kemudian baginda s.a.w. diasuh oleh Ummu Aiman, hamba ayahnya.